Memilih partner untuk berkahwin bukan hanya atas dasar cinta semata-mata, tapi juga tentang siapakah yang akan menjaga rumah tangga seandainya kita menutup mata terlebih dahulu. Itulah perkara yang jarang difikirkan oleh suami isteri zaman kini sebelum membina mahligai rumah tangga. Tak dinafikan pemergian insan tersayang agak perit untuk ditelan, namun perjalanan hidup perlu diteruskan jua terutamanya bagi yang sudah memiliki cahaya mata.
BACA: “B Rehatlah” -Suami Sering Beri Tanda Sebelum ‘Pergi’, Coretan Isteri Bikin Sebak
Isteri pergi ketika masih pantang 40 hari…urusan anak terpikul di bahu bapa tunggal
Masihkah anda ingat lagi, tentang seorang lelaki yang kehilangan isteri ketika masih berpantang awal tahun ini? Lebih menyayat hati, perkara itu telah berlaku sementara anak kecil mereka iaitu Annur Ayesha baru sahaja ingin mengenal dunia. Bermula detik itu, segala urusan mengurus dan membesarkan anak terpikul di bahunya sebagai seorang bapa tunggal.
Dulu awak cakap anniversary meriah sebab ada anak…tapi rupanya tahun ni kita sambut di alam berbeza
Untuk pengetahuan ramai, 8 September 2020 merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua. Gara-gara itu, Izrul membawa anaknya ke pusara Allahyarhamah Norehan sekali gus menyampaikan ucapan khas sempena detik istimewa tersebut. Selain mengakui terbayang dia masih berada di samping keluarga, bapa tunggal ini turut terkenang ucapan terakhir isteri tercinta sebelum ini. Walaupun kini sudah berbeza dunia, dia tetap mendoakan yang terbaik buat roh wanita berkenaan selain menyatakan perasaan rindu mendalam buatnya.
Sumber: FB Izrul Mat Taib
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura