“Sampai Keras Perut Gelak..” – Tak Sangka Rita Pandai Melawak, Siap Usap Black

Saban minggu, aksi lawak dan mantap yang ditampilkan oleh barisan selebriti tanah air di atas pentas komedi nyata tak pernah gagal dalam menghiburkan para penonton. Jumaat lalu, program All Stars Buka Panggung (ASBP) telah menyaksikan 4 pelakon yang memang tidak asing lagi dalam dunia drama serta perfileman Malaysia berentap bagi menjadi juara bagi minggu ke-4. Mereka adalah Datuk Fizz Fairuz, Johan Asari, Rita Rudaini dan Ruhainies.

BACA: [VIDEO] Bersua Di Live TV Setelah 13 Tahun, Yusry & Erra Sangat Profesional!

Mereka perlu menjayakan babak secara spontan untuk 2 segmen persembahan. Selain berganding dengan Ajak atau Shahrol Shiro, antara artis yang diundang untuk memeriahkan lagi program minggu ke-4 itu adalah Black Hanifah, Norlia Ghani, Sathia dan Man Raja Lawak.

Pecah dominasi juara mingguan lelaki..

Meskipun episod sebelum ini dimenangi oleh artis lelaki, namun Rita Rudaini telah memecahkan dominasi tersebut apabila diumumkan sebagai juara mingguan. Pelakon drama ‘Rahsia Hati’ ini nyata mencuri perhatian ramai apabila berjaya membawa watak & gelagat yang lucu, seterusnya mengungguli pusingan minggu ke-4 dengan kutipan markah sebanyak 53.27 peratus. Berikut adalah antara paparan sepanjang program tersebut berlangsung. 

Segmen 1 – Rita jadi safety officer, siap jumpa boyfriend lama

Segmen 2 – “Yang nak kahwin pandai main bola tak?”

Selain meraih trofi mingguan program, Rita turut memenangi RM4,000 di mana wang tersebut telah disumbangkan kepada pelakon veteran tanah air iaitu Ramli Mohamad (Pak Limra) yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dahulu. Dalam pada itu, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen di Instagram milik aktres tersebut gara-gara terhibur dengan persembahannya tempoh hari.

Tak sangka Rita kelakar…gelak sampai keras perut

Macam mana rasa pegang kepala botak?

Rindu sangat lakonan sis…loghat utara memang best

Sumber: YouTube F8Buzz, IG ritrud727, zonlawak & Astro Gempak

Apa Komen Anda?