Sampaikan Banyak Mesej Baik, ‘Insan Terpilih’ Turut Dipuji Netizen Bukan IsIam!

Meskipun sudah beberapa hari tayangan di kaca TV, namun penangan telefilem bertajuk ‘Insan Terpilih’ ini nyata masih dirasai lagi hingga ke hari ini. Tiap kali terlihat video persahabatan antara Firdaus dan Leman yang masing-masing dibawa oleh aktor Syazwan Zulkifly serta Jay Iswazir ini, pastinya ramai yang akan menitiskan air mata kerana memang nampak real sangat. Tambah sebak lagi apabila naskah ini diadaptasi daripada kisah sebenar mengenai seorang insan bernama ‘Si Husein Gila’ yang telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun lalu.

BACA: 6 Tahun Menanti. Anak Bakal Lahir, Tapi Suami Dijemput Ilahi, Rebah Ketika Azan

Antara babak menarik dalam Insan Terpilih..

Walaupun bukan beragama Islam…tapi cerita ni sangat best & ada banyak moral

Selain menimbulkan rasa insaf dan meruntun hati jiwa mereka yang telah menontonnya, telefilem arahan pengarah Nazir Jamaluddin ini nampaknya turut memperoleh reaksi positif daripada netizen yang bukan beragama Islam. Menerusi ruangan komen di laman YouTube TV3, rata-rata mereka meluahkan rasa terharu dan memuji mesej yang terkandung di dalam cerita ini. Selain itu, ada juga yang berharap agar kisah teladan seperti ini ditayangkan lagi di masa-masa akan datang.

Sumber: YouTube TV3MALAYSIA Official, IG jentikhati.tv & Twitter Afiqviolet1makcikkaulelaki

Apa Komen Anda?