Cinta Isu Semasa Kehidupan

Sanding 12 Tengah Hari, Suami Panik Terpisah Dengan Isteri Di ‘Lautan’ Banjir

Sanding 12 Tengah Hari, Suami Panik Terpisah Dengan Isteri Di ‘Lautan’ Banjir

Sejak beberapa hari lalu, hujan lebat yang kerap melanda di beberapa buah tempat telah menyebabkan kejadian banjir di lokasi tertentu. Seperti biasa, ramai orang tidak sempat melakukan persiapan kerana tidak menjangka perkara ini akan berlaku termasuklah pasangan mempelai di bawah ini.

BACA: [VIDEO]Janji Aku Sampai Rumah, Driver Kereta Comel Selamba Redah Banjir

@encik.izzzz

Susah sangat cari jodoh, sudahnya terus gi merisik kawan sekerja, setel 😂

♬ original sound – Encik.izzzz – Encik.izzzz

Alhamdulillah sah jadi suami isteri…Semoga kita kuat & tabah jalani alam rumah tangga

Pernah tular sebelum ini kerana ‘try‘ kawan sekerja sendiri, pasangan dua sejoli Naufal Isfahan dan Nurul Annisa akhirnya selamat diijab qabul dua hari lalu. Seperti pengantin baru lain selepas akad nikah selesai, majlis persandingan pula akan menyusul. Namun siapa sangka, perkara tidak diingini pula tiba-tiba berlaku membuatkan perancangan mereka tergendala.

@encik.izzzz

Terima kasih kerana bagi peluang utk sy buktikan yg sy akan usaha halalkan awak 💕 #9days

♬ Janam Janam (From “Dilwale”) – Pritam & Arijit Singh & Antara Mitra

@encik.izzzz

Alhamdulillah sah jadi suami isteri 🤲🏻 Semoga kita kuat & tabah menjalani alam rumahtangga 💕 #Lock #Offmarket

♬ original sound – Encik.izzzz – Encik.izzzz

@encik.izzzz

Aikkk????

♬ Dahsyatnya Cintaku Remix – 𝕬𝖌𝖚𝖘 𝕯𝖆𝖓𝖈𝖎𝖑

Seriouslah kejap lagi 12pm nak sanding dah…Kami terpisah sebab banjir

Terbaharu, @encik.izzzz memuat naik satu video di akaun TikToknya sewaktu ingin menjemput si isteri untuk persiapan majlis persandingan yang akan berlangsung jam 12 jam tengah hari ini. Walau bagaimanapun, jalan ke rumah Annisa sudah pun dipenuhi air sehingga banyak kenderaan lain tidak berani menggunakan jalan tersebut. Dalam pada itu, lelaki berkenaan sempat meminta cadangan jalan penyelesaian daripada pengikutnya di media sosial.

@encik.izzzz

Serious lah jap lagi 12pm aku nk sanding, tp kitorang terpisah sbb banjir 😔 Ya allah permudahkan la urusan kami 🤲🏻

♬ Kemarin (Violin Version) – Deny Pamas

Allah semoga dipermudahkan urusan…Call minta bantuan bomba

Sejak dikongsikan 6 jam lalu, video itu telah meraih hampir 200 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan ujian yang menimpa pasangan tersebut. Mereka juga turut memberi cadangan agar menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan.

Sanding 12 Tengah Hari, Suami Panik Terpisah Dengan Isteri Di ‘Lautan’ Banjir

Sanding 12 Tengah Hari, Suami Panik Terpisah Dengan Isteri Di ‘Lautan’ Banjir

Sanding 12 Tengah Hari, Suami Panik Terpisah Dengan Isteri Di ‘Lautan’ Banjir

Sanding 12 Tengah Hari, Suami Panik Terpisah Dengan Isteri Di ‘Lautan’ Banjir

Kredit: TikTok @encik. izzzz & Instagram encik.izzzz

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sanding 12 Tengah Hari, Suami Panik Terpisah Dengan Isteri Di ‘Lautan’ Banjir

Facebook

Telegram

herness