Sanggup Redah 2400km Untuk Surprise Girlfriend, Tapi Ini Pula Yang Berlaku!

Sekarang ni hangat betul dengan kisah selingkuh, baik yang bercinta mahupun yang sudah mendirikan rumah tangga. Itulah perkara yang paling menyakitkan hati kerana kita sudah memberi sepenuh kepercayaan kepada partner masing-masing seperti yang terjadi kepada seorang jejaka viral ini. Lebih menyayat hati, dia sendiri mendapat tahu tentang hubungan suIit teman wanitanya itu ketika mahu membuat satu kejutan kepadanya.

BACA: Lelaki Sebelum Nak Kahwin, Ubah Dulu Semua Tabiat Ni – No. 1 & 5 Paling Penting

Sanggup travel sejauh 2,400 km semata-mata buat surprise tapi..

Menurut sumber, kejadian ini berlaku di sebuah lokasi di China beberapa hari lalu dan terus menjadi tular di seluruh dunia.  Lelaki yang memakai kostum beruang itu dikatakan bercinta jarak jauh dengan teman wanitanya dan merancang untuk membuat satu kejutan kepadanya.  Lelaki itu malah sanggup merantau sejauh 2,400 km demi cinta hatinya. Namun apa yang terjadi selepas itu sangat tidak disangkakan olehnya.

Video Penuh Kejadian

DipeIuk wanita itu namun dia hanya melangkah pergi

Dalam paparan tersebut, lelaki malang itu terus menanggalkan bahagian kepala kostumnya untuk memastikan sendiri itu adalah teman wanitanya. Sejurus ternampak lelaki yang sedang memakai kostum berkenaan, gadis itu terkejut dan berlari menuju ke arahnya. Dia juga kelihatan sempat memeluknya namun lelaki terbabit hanya teruskan perjalanannya. Bagaimanapun, kisah selanjutnya sama ada mereka masih bersama ataupun tidak belum didedahkan lagi oleh mana-mana pihak.

Sumber: Twitter T_Radiosonde, FB Dhanaraj Palanisamy & World Of Buzz

Apa Komen Anda?