Sanggup Terbang Dari USA ke Australia, Pemuda Dedah Kisah Cinta Di Sebaliknya

“Jauh di mata, tapi selalu dekat di hati.” Mungkin itulah yang boleh digambarkan buat dua insan yang menjalin hubungan cinta jarak jauh atau  long distance realtionship (LDR). Hakikatnya, ramai generasi muda pada masa kini sedang mengalami situasi tersebut kerana perlu bermusafir untuk tuntutan kerja atau menimba ilmu di universiti. Namun apabila terdapat sahaja kesempatan, pasti mereka akan cuba sehabis baik untuk bersemuka dan luangkan masa bersama seperti video yang tular di laman Twitter baru-baru ini.

BACA: [VIDEO] Sanggup Buat Surprise Demi Menantu, Ragam Sweet Mentua Ini Jadi Viral!

Jelajah 14,477 kilometer dari Amerika ke Australia untuk jumpa gadis pujaan..

Ketika dihubungi oleh pihak Erin Sakura, pemuda bernama Aqil Harith Amran 23, ini memberitahu bahawa dia sudah berkenalan dengan buah hatinya itu sejak di zaman persekolahan lagi. Namun kini mereka sudah berjauhan antara benua gara-gara menyambung pelajaran di universiti masing-masing.

Dulu kami sama high shool, dan awal tahun baru mulakan hubungan yang serius. Walaupun saya menuntut di University of Colorado Boulder, Amerika Syarikat manakala Sofea pula di University of South Australia, setakat ini kami mampu berhubung dengan baik. Malah sebelum ini juga kami sudah pun bersemuka dengan keluarga masing-masing.

Ditanya mengenai idea di sebalik konsep video pengembaraannya itu pula, penuntut kejuruteraan mekanikal ini menyatakan bahawa ada kisah menarik di sebaliknya. Sejak dimuatnaik di laman Twitter pada 25 Ogos lalu, video tersebut telah meraih lebih 1 juta tontonan dan 30 ribuan retweets oleh netizen.

Idea dia berdasarkan “1 second video” yang pernah jadi trend dulu. Kami pun buat untuk suka-suka saja, dan tak sangka pula boleh jadi viral sampai macam ni sekali.

Sebelum ini, Sofea pernah beritahu yang dia sanggup balik Malaysia cuma 10 hari sahaja semata-mata untuk jumpa sebab masa itu saya sedang cuti. Saya jadi terharu dan sejak daripada detik itu memang tak pernah ragu apa pun demi mengejar cinta dia. Saya sanggup travel ke mana saja di dunia ini hanya untuk dia, sebab saya tau Sofea pun akan buat perkara sama juga. 

Sambil berkongsi keterujaannya yang bakal bergraduasi pada Mei 2020 nanti, dia juga tidak menolak keinginan untuk mencari kerja yang setaraf dengan kelulusan seterusnya mengumpul wang untuk berkahwin. Gara-gara tularnya video tersebut, Aqil turut berterima kasih atas semua reaksi positif yang diperoleh daripada netizen. Ujarnya lagi, dia juga tumpang gembira apabila posting tersebut telah menjadi inspirasi kepada ramai, khususnya yang sedang menjalin hubungan jarak jauh.

Sumber: Twitter aqilharithamran

Apa Komen Anda?