Sanggup Tiarap Macam Tikus, Ustaz Ebit Lew Dekati Penghuni Bawah Jambatan

Ustaz Ebit Lew, seorang pendakwah yang cukup popular di laman media sosial. Tutur katanya yang lembut amat disenangi ramai. Bukan itu sahaja, malahan cara dakwah beliau yang cukup santai tanpa mengira usia dan tempat sering mendapat perhatian daripada pengikutnya. Baru-baru ini, Ustaz Ebit telah memuat naik satu video di laman Facebook tentang kegiatan dakwahnya. 

BACA: Terfikir Nak Tukar Agama Sebab Family Toxic, Remaja Ini Undang Sebak Ebit Lew

Tak sangka ustaz sanggup meniarap macam tikus

Advertisement

Di ruangan kapsyen, Ustaz Ebit sempat meluahkan rasa simpati dengan nasib seorang pemuda terpaksa tinggal di bawah jambatan kerana tiada tempat untuk berteduh. Beliau mendapati keadaan lelaki itu tinggal di lokasi yang tidak selamat serta cedera dibahagian tangan dan kakinya akibat terjatuh. Dia tidak menyangka bahawa beliau akan turun ke kawasan tersorok itu untuk mendekati dirinya. 

Advertisement

Advertisement

Walau bawah jambatan, kita puji Allah

Meskipun kawasan dalam video itu dilihat sangat tidak selesa, namun itulah keperitan hidup yang dialami olehnya. Ustaz Ebit sangat mengambil berat dengan nasib lelaki ini dan menghulurkan bantuan kepadanya. Beliau sempat berpesan kepada individu ini agar sentiasa mengingati Allah walaupun ditimpa ujian yang amat berat sebegitu. 

Advertisement

Tak boleh nak teruskan tengok video ni

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata turut meluahkan rasa sedih atas nasib individu berkenaan. Perkongsian Ustaz Ebit membuatkan ramai yang terharu dengan usaha gigih beliau untuk membantu orang dalam kesusahan serta mendoakan terbaik. Video yang berdurasi 3 minit 39 saat ini telah meraih sebanyak 90o ribu kali tontonan setakat ini. 

Advertisement

Advertisement

Sumber: Facebook Ebit Lew

Apa Komen Anda?