Isu Semasa

Sangka Konkrit Jatuh Lagi, Lelaki Nyaris Ajal Angkara Dihempap Pencangkuk Kren

Sangka Konkrit Jatuh Lagi, Lelaki Nyaris Ajal Angkara Dihempap Pencangkuk Kren

Dua hari lepas kecoh tentang berita seorang wanita berusia 25 tahun yang nyaris kehilangan nyawa selepas kereta dinaikinya dihempap kepingan konkrit pembinaan lebuh raya di Jalan Sungai Besi. Bagai mendapat peluang hidup kali kedua, mujur sahaja dia sekadar mengalami cedera ringan di bahagian tangan dan telah menerima rawatan.


BACA: Muka Fedtri Yahya Cedera Terbabit Nahas, Isteri Tagih Doa Supaya Lekas Sembuh

Pada mulanya sangka kereta itu remuk kerana turut dihempap konkrit

Belum reda mengenai tragedi pertama itu, media sosial media sosial sekali lagi dikecohkan dengan berita lain apabila sebuah kereta dilaporkan remuk selepas dihempap objek berat. Ramai beranggapan kejadian konkrit pembinaan jatuh telah berulang lagi apabila melihat kepada keadaan kereta yang agak teruk. Kebetulan, insiden terbabit juga berlaku dekat dengan projek pembinaan lebuhraya di Taman Lengseng, Cheras.

Rupa-rupanya didatangi kren dari arah belakang dan dihempap pencangkuk kenderaan itu

Menurut laporan Harian Metro, kereta tersebut dipercayai didatangi sebuah kren dari arah belakang. Bahagian depan kenderaan berat tersebut yang mempunyai pencangkuk besi telah menghempap bumbung kereta berkenaan sehingga menyebabkan pemandunya tersepit.


Sangka Konkrit Jatuh Lagi, Lelaki Nyaris Ajal Angkara Dihempap Pencangkuk Kren

Sangka Konkrit Jatuh Lagi, Lelaki Nyaris Ajal Angkara Dihempap Pencangkuk Kren

Sangka Konkrit Jatuh Lagi, Lelaki Nyaris Ajal Angkara Dihempap Pencangkuk Kren

Pemandu kenderaan tidak alami sebarang kecederaan walaupun tersepit dalam kereta

Pemilik kenderaan itu terpaksa dikeluarkan oleh pihak penyelamat menggunakan alatan khas namun dia tidak mengalami sebarang kecederaan. Siasatan lanjut akan dilakukan memandangkan pemandu kren berkenaan tidak berhenti dan membuat laporan mengenai nahas tersebut.


Sangka Konkrit Jatuh Lagi, Lelaki Nyaris Ajal Angkara Dihempap Pencangkuk Kren

Sumber: Facebook Harian Metro & Twitter RedzuanNewsMPB

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sangka Konkrit Jatuh Lagi, Lelaki Nyaris Ajal Angkara Dihempap Pencangkuk Kren

Facebook

Telegram