Viral Hiburan

Sarat 5 Bulan Berbadan Dua, Pengantin Dipuji Cantik Berseri Dengan Baby Bump

Sarat 5 Bulan Berbadan Dua, Pengantin Dipuji Cantik Berseri Dengan Baby Bump

Walaupun perancangan untuk berkahwin selalunya dibuat dengan teliti, namun kadangkala pasangan itu sendiri tidak menyangka akan ada perubahan secara tiba-tiba pada tarikh yang telah ditetapkan. Tambah pula dalam tempoh pandemik ini, ramai yang terpaksa menangguhkan hari persandingan dan hanya lakukan perkara afdal terlebih dahulu.


BACA: Tu Namanya Bunting Pelamin- Emma Maembong Hamil, Kongsi Foto Baby Bump

@n.arniesha

We decided to get MARRIED! 🤍 ✨1MAY2021✨ #nikah #nikahpkp

♬ Terima Kasih – IamNeeta

Kami berkahwin pada 1 Mei 2021…Sekarang dah 5 bulan pregnant

Gara-gara itu, tak peliklah kalau sekarang ni ramai pengantin perempuan sudah berbadan dua sewaktu hari persandingan mereka. Perkara ini ternyata dialami sendiri oleh n.arniesha yang berkongsikan sebuah video sewaktu hari istimewanya di akaun TikTok. Walaupun selalunya para ibu mengandung tidak lari daripada nampak lesu, wanita ini pula dipuji kerana tetap berseri dengan baby bumpnya itu.

Sarat 5 Bulan Berbadan Dua, Pengantin Dipuji Cantik Berseri Dengan Baby Bump

Bukan taknak pakai gaun tapi rimas…Berpeluh ya saya try & error baju kat butik tapi ni je yang muat & selesa

Menerusi perkongsian berkenaan, Arniesha dipersoalkan mengapa tidak memilih pakaian lebih longgar seperti gaun. Rupa-rupanya sebelum ini, dia sudah cari di merata tempat dan busana dipakai itulah yang paling selesa. Tambahnya lagi, potongan baju kurung berkenaan memudahkan dia jika ingin membuang ‘hajat’ dengan saiz perutnya yang agak besar itu.


Sarat 5 Bulan Berbadan Dua, Pengantin Dipuji Cantik Berseri Dengan Baby Bump

@n.arniesha

5 months preggy #buntingpelamin

♬ Si Gendut – Agus Gobang

Ala comelnya sis…Saya anak dah keluar sampai sekarang tak bersanding lagi

Sejak dimuat naik 2 hari lalu, video tersebut telah meraih 800 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelan ‘Mak Buyung’ berkenaan. Bukan itu sahaja, rupa-rupanya ada sesetengah individu yang belum berkesempatan untuk bersanding walaupun sudah mempunyai anak.


Sarat 5 Bulan Berbadan Dua, Pengantin Dipuji Cantik Berseri Dengan Baby Bump

Sarat 5 Bulan Berbadan Dua, Pengantin Dipuji Cantik Berseri Dengan Baby Bump

Sarat 5 Bulan Berbadan Dua, Pengantin Dipuji Cantik Berseri Dengan Baby Bump

Sarat 5 Bulan Berbadan Dua, Pengantin Dipuji Cantik Berseri Dengan Baby Bump

Kredit: TikTok n.arniesha

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sarat 5 Bulan Berbadan Dua, Pengantin Dipuji Cantik Berseri Dengan Baby Bump

Facebook

Telegram