Walaupun Ria Ricis merupakan YouTuber dari negara sebarang, dia juga mempunyai ramai peminat dari Malaysia membuatkan sebarang berita mengenai dirinya turut menjadi perhatian ramai. Pun begitu baru-baru ini, wanita hamil berkenaan dikatakan gagal menahan sabar selepas menerima sebuah hadiah yang awalnya disangka hasil pemberian seorang peminat.
BACA : Gembira Adik Bahagia, Ustazah Oki Menangis Ria Ricis Dah Jarang Kongsi Cerita
Aku gagal jadi pendamping kamu, tapi aku takkan gagal ambil tahu pasal kamu & anak kamu
Ketika itu, Ria sendirian berada dalam bilik tetamu yang bakal direnovasi menjadi kamar tidur buat anak sulungnya nanti. Tiba-tiba, Teuku Ryan masuk membawa sebuah kotak hadiah sebelum dibuka bersama. Rupa-rupanya, kandungannya berisi sebuah buku resepi makanan bayi selain titipan sepucuk surat cinta. Bakal ibu berkenaan terlihat mula emosi setelah membaca surat yang katanya dikirim oleh ‘kisah silam’ suaminya.
@icissstr buat mbak2 yg ngirim surat nya lu kacauu bgtt si mbak minimal punya atii lah mbak sesama perempuan🥲biar Allah yg bales ya mbak.
Buat sis yang bagi hadiah tu, semoga kau cepat jumpa kebahagiaan kau sendiri
Gara-gara cemburu dan geram melihat masih ada pihak cuba mengacau rumah tangganya, Icis juga terus mengoyakkan surat cinta tersebut. Walaupun sempat mengucapkan terima kasih dan mendoakan semoga orang itu memperolehi kebahagiaan sendiri, dia memberikan peringatan keras agar tiada lagi gangguan sebegitu dibuat,
@icissstr buat mbak2 yg ngirim surat nya lu kacauu bgtt si mbak minimal punya atii lah mbak sesama perempuan🥲biar Allah yg bales ya mbak.
Nampak macam suami dia panik gila takut Icis terlebih fikir…Kenapalah nak kacau orang yang dah bahagia?
Melalui ruangan komen, ramai netizen berpihak kepada Icis selain risau andai kata tindakan orang luar itu mampu menjejaskan kandungannya yang kini sudah sarat 8 bulan. Justeru itu, mereka berharap agar influencer berkenaan tidak melayan sebarang hal-hal negatif.
Kredit : TikTok ayangrr & icissstr
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
