Satu Family Dijangkiti Influenza, Mawar Rashid Lega Anak Makin Pulih

Pelakon yang semakin meningkat naik, Mawar Rashid dan juga suaminya Raf Yaakob sering mendapat perhatian di media sosial apabila selalu berkongsi video-video sweet bersama keluarga. Malah kehadiran si kecil kesayangan yang diberi nama Raden Muhammad Rafael turut tidak ketinggalan menjadi perhatian para peminat. Terbaru, pelakon tersebut memuat naik satu posting di mana mengesahkan anaknya dijangkiti virus Influenza A. 

BACA: Lentok Dipuji Handsome, Shaheizy Sam Tak Lekang Senyum Layan Anak Syurga

Alami demam panas sehingga 40 darjah celsius

Advertisement

Berita tersebut telah dikongsikan oleh pelakon wanita itu di akaun Instagram miliknya. Rafael yang baru berusia 9 bulan terpaksa ditahan di sebuah pusat perubatan untuk menerima rawatan lanjut. Walau bagaimanapun, keadaan anak kecil itu semakin pulih. 2 hari lepas, bayi kecil berkenaan dilaporkan telah mengalami demam panas hingga mencecah 40 darjah celsius. 

View this post on Instagram

Advertisement

Rafael da better Alhamdulillah 😍 Btw, ramai yg DM MekWa. “Apa symptom influenza ni?” Based on my experience, influenza ni macam kita duk demam tu la. Tapi demam dia lain macam. Dia lebih sakit dari demam biasa. Macam mawar ni, dia tangkap kepala dulu. Sakit gila kepala, pastu jadi lemah, badan lenguh teruk, pastu selsema dan batuk. Tu semua tanda2 dia. That’s why zaman skrg ni, kalau demam pls la g jumpa doctor. Influenza ni senang gile jangkit. So kne quarantine. Rafael punya deman pulak, temperature dia sampai 40c, tu yang bergegas jumpa doc, lepas tu terus dapat tahu positive influenza. Take care all. Skrg ni mmg musim influenza.

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Advertisement

Satu keluarga dijangkiti virus sama 

Terdahulu, Mawar dan Raf yang sedang sibuk menjalani pergambaran turut meluahkan rasa risau apabila kebanyakan ahli keluarganya turut dijangkiti virus sama termasuklah ibu, abang serta orang gajinya. Malah, 3 orang anak saudaranya juga menerima nasib yang serupa seperti puteranya itu. 

Advertisement

Semoga Rafael dikurniakan kesihatan yang baik-baik

Susulan perkongsian itu, ramai dilihat mendoakan Mawar dan juga keluarga diberikan kesembuhan. Malah, netizen juga dilihat menasihati antara satu sama lain untuk menjaga kesihatan diri memandangkan sekarang banyak kisah melibatkan Influenza yang senang dijangkiti. 

Advertisement

Sumber: Instagram Mawar Rashid 

Advertisement

Apa Komen Anda?