“Satu Rumah Derita Semalam” – Pengakhiran Pia & Budi Bikin Ramai Netizen Emosi!

Sejak bermula tayangannya pada bulan puasa yang lalu, drama bersiri Pia ini selalu mendapat perhatian ramai penonton setianya. Naskah yang mengetengahkan beberapa watak Orang Kurang Upaya atau OKU ini akhirnya telah melabuhkan tirai dengan tayangan telefilem yang bertajuk Derita Pia sempena minggu Aidilfitri ini. Ternyata lakonan mantap yang ditampilkan oleh para pelakon membuatkan ramai masih geram dengan watak Mak Ngah dan Zafran atas kehilangan nyawa Pia serta adiknya, Budi.

BACA: [VIDEO] “Comel Gila!” -Lihat Reaksi Anak Bila Alif Satar Muncul Dalam Drama Pia

Di laman Instagram masing-masing, barisan pelakon drama tersebut turut memuat naik posting yang berkaitan dengan watak masing-masing yang mana terus dibanjiri oleh komen peminat.

Zafran, jaga mata baik2…Budi, kita jumpa di syurga

View this post on Instagram

Zafran, jaga mata baik2 ye… Budi, kita jumpa di syurga… . . Terima kasih pada semua yg memuji dan tak kurang juga yg mengeji. Yang baik datang dariNya dan yang buruk datangnya dari saya. Terima kasih tak terhingga pada @sheilarusly_jspictures @jinggo_jspictures atas tunjuk ajar yg diberi. @alifsatar @naimdanielx memang pasangan yg sgt baik utk saya di screen. Harap kita jumpa lagi utk next project ye. Thanks juga untuk @azirashafinaz @annie_mosha @badrulmuhayat68 @lizarafar @izzatmushtaq @idzham_ismail dan juga pelakon2 lain dan crew2 yg sama2 jayakan drama #pia #deritapia ❤️ #zarazya #setulusikhlas . TAMAT

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Korang nyampah dgn Zafran kan? Mak ngah tahu..

Isteri Alif Satar, iaitu Shadila Halid juga merupakan antara peminat yang turut emosi dengan pengakhiran drama tersebut di mana dia menekankan mesej yang telah disampaikan.

Ku tahu dirimu yang terakhir buat diriku, ku berikan semua untukmu…

Berikut adalah antara luahan netizen terhadap naskah tersebut di ruangan komen aktor Alif Satar.

Jaga elok mata Pia tu Zafran…emo pulak tiba-tiba

Satu rumah menderita tengok cerita tu semalam

Apa jadi dengan Mak ngah? Tak masuk jel ke?

Sumber: IG alifsatar

Apa Komen Anda?