Kesihatan

“Saya Bukan Gila” -Doktor Ini Dedah Punca Ramai Tak Buat Rawatan Masalah Mental

“Saya Bukan Gila” -Doktor Ini Dedah Punca Ramai Tak Buat Rawatan Masalah Mental

Sharing is caring!

Pada tahun 2020 ini, statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menjangkakan bahawa masalah mental bakal menjadi krisis kedua terbesar di Malaysia selepas masalah jantung. Meskipun ramai yang menghidap masalah ini, namun lebih daripada separuh jumlah golongan berkenaan tidak merujuk ke mana-mana pusat perubatan. Baru-baru ini, seorang doktor telah berkongsi berhubung isu tersebut. 

BACA: Pantang Sales Mesti Beli, Kemaruk Online Shopping Rupanya Berkait Isu Mental

Saya bukan gila

Menerusi posting oleh Dr. Rozanizam di laman Twitter, beliau telah menyenaraikan 12 punca yang menyebabkan para penghidapnya liat untuk berjumpa dengan doktor. Antara punca utama adalah stigma sosial yang mempengaruhi kelakuan individu bermasalah itu menafikan bahawa mereka tiada masalah mental. Selain daripada kurang pengetahuan tentang masalah ini, perasaan takut untuk ditahan ke pusat rawatan orang gila juga sering membelenggu diri mereka. 


“Saya Bukan Gila” -Doktor Ini Dedah Punca Ramai Tak Buat Rawatan Masalah Mental

“Saya Bukan Gila” -Doktor Ini Dedah Punca Ramai Tak Buat Rawatan Masalah Mental

“Saya Bukan Gila” -Doktor Ini Dedah Punca Ramai Tak Buat Rawatan Masalah Mental
Gambar sekadar hiasan

Suka pendam masalah

Ujar individu ini lagi, anggapan bahawa masalah ini boleh diselesaikan sendiri adalah meleset sama sekali kerana mereka sepatutnya dirujuk kepada pakar psikiatrri. Hal ini bertujuan untuk mengetahui cara yang efektif untuk mengawal masalah stres. Selain itu, masih terdapat sesetengah daripada mereka malu untuk berkongsi masalah sekali gus membiarkannya melarat teruk. 

“Saya Bukan Gila” -Doktor Ini Dedah Punca Ramai Tak Buat Rawatan Masalah Mental

“Saya Bukan Gila” -Doktor Ini Dedah Punca Ramai Tak Buat Rawatan Masalah Mental
Gambar sekadar hiasan

Lebih suka cara yang lain

Lebih teruk lagi, terdapat sebahagian golongan ini lebih gemar mencuba alternatif selain doktor yang mengarut seperti bomoh, dukun dan sebagainya. Perkara ini terjadi gara-gara terpengaruh dengan cakap-cakap orang bahawa pengamal perubatan kampung itu adalah terbaik. Tegas beliau lagi, penafian diri sendiri terhadap isu masalah mental juga perlu dihapuskan sama sekali. 


“Saya Bukan Gila” -Doktor Ini Dedah Punca Ramai Tak Buat Rawatan Masalah Mental

“Saya Bukan Gila” -Doktor Ini Dedah Punca Ramai Tak Buat Rawatan Masalah Mental
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter DrRozanizam


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Saya Bukan Gila” -Doktor Ini Dedah Punca Ramai Tak Buat Rawatan Masalah Mental

Sharing is caring!