“Saya Ingat Dia Bergurau” – Ibu Tunggal Dedah Sebab Terima Lamaran Bermadu

Minggu lalu tular kisah mengenai seorang ibu kepada 5 orang anak dalam misi untuk mencari seorang wanita dijadikan sebagai madunya. Walaupun perkara itu jarang berlaku kerana rata-rata isteri di luar sana tidak sanggup berkongsi kasih suami sendiri, namun dia sendiri menyifatkan perkara itu sebagai anugerah yang boleh mengharmonikan lagi rumah tangga yang sedia ada. Terbaru, giliran wanita bernama Nur Fathonah yang menjadi madu wanita tersebut pula mendedahkan kisah hidupnya pula.

BACA: “Jom Jadi Madu Saya!” – Wanita Kongsi Detik Manis Hadiahkan Madu Buat Suaminya

Lepas berpisah dengan bekas suami…saya bertekad untuk tak berkahwin lagi

2 tahun bergelar ibu tunggal…tapi Allah takdirkan bertemu orang yang mengubah segalanya

Menurutnya, dia sebenarnya lebih selesa dengan title ibu tunggal walaupun terpaksa bekerja keras demi menyara kehidupannya bersama 2 cahaya mata. Namun semuanya berubah selepas pertemuan dengan Puan Atiqah selepas hampir 2 tahun berpisah dengan bekas suaminya dahulu. Selepas Fathonah mendedahkan status sebenarnya kepada wanita itu semasa terlibat dalam sebuah program bersama-sama, dia sendiri tidak menyangka akan dilamar untuk menjadi madunya pula.

Bila diajak menjadi madunya…saya terkejut & anggap itu hanyalah gurauan

Diajak buka puasa bersama…anak gembira bersama-sama dengan anak kakak madu

Kata Fathonah lagi, hatinya mula terdetik untuk menimbangkan semula permintaan tersebut selepas berbuka bersama di rumah keluarga wanita itu pada Ramadhan yang lalu. Di samping tertarik dengan keindahan keluarga mereka, dia juga terharu melihatkan anak-anak mereka saling gembira dan serasi bersama. Sejak itu, mereka semakin kerap berhubung dan Puan Atiqah sendiri menjadi perantara kepada suaminya.

Bakal suami juga selalu ambil berat mengenai ibadah…

Akhirnya hati terbuka terima lamaran…dan sebenarnya hidup berpoligami sangat indah

Selepas sekian lama memohon doa dan petunjuk daripada Yang Maha Esa, akhirnya ibu tunggal ini menerima lamaran bermadu dengan Puan Atiqah. Jelasnya, keputusan tersebut diambil demi masa depan 2 anaknya yang masih kecil dan dirinya yang perlu dipimpin oleh seorang imam. Selain itu, dia juga bersyukur kerana Allah permudahkan urusan sejak dari detik perkenalan lagi walaupun diakui terdapat bermacam halangan yang perlu diatasi. Fathonah turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan serta komen positif buat mereka sekeluarga.

Sumber: FB Nur Fathonah Abdul Rahim

Apa Komen Anda?