Seakan-akan tidak reda dari kontroversi, mungkin itu gambaran tepat yang sesuai diperkatakan mengenai hubungan perkahwinan seorang pendakwah bebas, PU Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi Tahun lalu, dia pernah menjadi bualan netizen gara-gara berkahwin lain ketika bekas isteri, Ain ‘Afini Latif sedang sarat hamil. Kini kebahagian yang diharapkan untuk perkahwinan terbaharunya dengan seorang ibu tunggal, Hana Azraa turut diuji.
BACA : Setiap Kali Baca Kisah PU Abu, Semakin Aku Hargai Hubungan Dengan Anak..
Sudah di hujung tanduk & bersepakat bawa haluan masing-masing
Memetik laporan Harian Metro, Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir mendedahkan bahawa mahligai yang dibina hampir setahun itu sudah berada di hujung tanduk. Malah dia juga memberitahu mereka kini dalam proses hendak berpisah dan akan mengikut prosedur mahkamah dalam jangka waktu terdekat.
Dah lama hadap hingga jadi jemu & muak
Mengulas mengenai sikapnya yang kelihatan tenang menghadapi kemelut rumah tangga, Hana mengatakan dirinya seakan-akan sudah ‘muak’ dengan isu tersebut. Ujarnya, keputusan untuk berpisah itu dibuat selepas berbincang secara baik dan masih menunggu tarikh yang ditetapkan.
Kifarah sebagai balasan ambil hak orang lain
Tambah usahawan ini lagi, dia bagaimanapun enggan melayan kecaman yang dilemparkan mengenai dakwaan bahawa ia adalah kifarah buatnya. Malah dia juga seakan lali dengan kecaman yang diterima daripa netizen di laman sosial.
Mohon doa yang baik-baik buat kami
Dalam pada itu, PU Abu bagaimanapun tampil menafikan dakwaan rumah tangganya bersama Hana berantakan. Jelas pendakwah itu, hubungan mereka dalam keadaan baik dan tiada isu selingkuhan seperti yang didakwa sebelum ini.
Sumber : Harian Metro
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
