“Saya Khianat Dia 3 Kali…”-Erra Fazira Akhirnya Akui Silap Pada DS Umie Aida!

Beberapa hari lalu, media sosial telah dihebohkan dengan kontroversi perselihana faham di antara Erra Fazira dan juga Datin Umie Aida. Meskipun tidak menyebut nama Erra Fazira secara terang-terangan, namun segala ‘petunjuk’ yang dimuat naik  telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Setelah berteka-teki, semuanya seakan jelas terjawab apabila Erra Fazira membuat satu kenyataan di Instagramnya hari ini.

Baca : Perut Ada Baby Tapi Hati Penuh Dengki..-Juliana Evans & Kaka Azraff Bertekak?

Berikut adalah luahan awal yang dibuat oleh Datin Umie Aida di Instagramnya beberapa hari lalu. Nampaknya, dia merasa kecewa dengan ‘individu’ berkenaan kerana mengkhianati persahabatan mereka. Namun posting itu telah dipadamkan tak lama kemudian.

Kecantikan wajah kau tak secantik hati kau!

Entah apakah isu sebenar yang melanda hubungan persahabatan mereka, namun Datin Umie Aida sempat menggelar temannya itu sebagai ‘fake’!

Terlalu lama berlakon imej wanita lindungan Kaabah…

Ketika ini, ramai yang membuat spekulasi bahawa individu yang dimaksudkan oleh  Datin Umie Aida adalah Erra Fazira. 

Hal ini semakin jelas apabila mereka berdua mula tidak mengikuti Instagram sesama sendiri.

Gaduh dengan Erra la ni…

Terbaru di Instagram Erra Fazira, dia pula akhirnya tampil memohon maaf dan mengakui silap. Ia sekaligus membuktikan bahawa hubungan persahabatannya dengan Datin Umie Aida memang bergolak.

Dia pernah maafkan saya sebelum ini…Saya kecewakan dia 3 kali

 

Dalam pada itu, Abby Abadi juga sempat memberi kata semangat buat Erra Fazira.

Kena terus kuat…Ujian itu tanda Allah sayang

Sumber : Instagram Erra Fazira , Abby Abadi112 dan portal Rotikaya

Apa Komen Anda?