“Saya Lupa Baju Nikah!” – Pengantin Jepun Viral Dedah Kisah Lucu Sebelum Kahwin

Sabtu lalu, hangat di media sosial tentang kisah penyatuan dua jiwa dari Jepun dan Malaysia ini. Bermula hanya sekadar rakan kenalan di laman Facebook, siapa sangka itulah juga yang mendorong Mohd. Norfaizad terbang jauh ke Osaka untuk bertemu dan menghalalkan gadis cantik bernama Anna Farhana Tanaka ini. Di majlis ringkas  itu, Anna telah menerima mas kahwin berjumlah RM300, senaskhah al-Quran dan sepersalinan tradisional orang Melayu lengkap sebagai hantaran.

BACA: [VIDEO] Nikah Paling Comel, Mak Pengantin Terpaksa Demo Anak Kucup Dahi Isteri!

Saya isteri yang terlupa bawa baju nikah..

Mengakui agak gementar pada hari tersebut, Anna turut berkongsi satu kisah yang agak lucu sebelum dia diijabkabulkan. Menerusi posting terbaru di laman Instagram miliknya, dia sebenarnya terlupa untuk membawa pakaian nikah gara-gara tertinggal di Jepun. Namun nasibnya cukup baik kerana rakannya sempat untuk memberi pinjam sepasang busana biru yang matching dipakai pada hari penting tersebut.

Pagi nak bersiap tu baru dia bagitahu baju nikah takdak!

Dalam pada itu, rakannya Wani turut berseloroh dengan perkongsian yang ditulis Anna Farhana itu. Dia hanya dimaklumkan mengenai perkara itu betul-betul pada pagi tersebut, yang mana turut menjadi punca dia agak kelam-kabut untuk mencari dan menyediakan pakaian itu. Walaupun bermacam perkara berlaku, namun Anna akhirnya telah pun selamat disatukan dengan jejaka pilihannya di Masjid Al-Arifin Padang, Katong, Kangar, Perlis dan bersanding pada semalam.

Sumber: YouTube Utusan Online & IG anafarhana_japan 

Apa Komen Anda?