“Saya Mimpi Bersama Dia Di Kaabah”- Dayana Dedah Detik Terbuka Hati Kahwin Muda

Benarlah jodoh itu rahsia Tuhan. Siapa sangka perkenalan yang bermula menerusi drama Elly & Epit sewaktu kanak-kanak dulu, akhirnya Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana berjodohan selain sudah lebih sebulan mendirikan rumah tangga. Walaupun mereka sudah keluar daripada industri hiburan sejak beberapa tahun yang lalu, namun majlis pernikahan dan perkahwinan telah mendapat perhatian ramai netizen kerana rata-rata mereka merupakan peminat drama itu suatu ketika dahulu, di samping rancangan Idola Kecil juga. 

BACA: Tiada Adat Merenjis – Majlis Persandingan Hadi & Dayana Simple Tapi Meriah!

Terbaru, Hadi dan Dayana telah diundang ke sebuah sesi temubual anjuran salah satu channel radio tempatan iaitu Zayan FM. Antara perkongsian menarik yang didedahkan oleh kedua-dua mereka adalah mengenai kisah yang mendetikkan hati Dayana untuk memilih Hadi sebagai suaminya.

Saya pelik dapat 1 mimpi di Makkah…bersama seorang lelaki

Menurut wanita berusia 20 tahun ini, dia pernah didatangkan dengan sebuah mimpi berada di Tanah Suci Makkah bersama dengan seorang pemuda dan wajahnya ‘sebijik’ rupa Hadi. Dia terus memaklumkan tentang mimpi itu kepada ibunya dan juga Hadi walaupun ketika itu mereka baru sahaja berhubung semula selepas lost contact selama 5 tahun.

Bermula daripada detik itulah keluarga pihak lelaki memilih untuk masuk meminang pada tahun lalu, dan akhirnya mereka selamat diijabkabulkan pada 15 Jun yang lepas. Dalam pada itu, Hadi dan Dayana turut berkongsi antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh setiap orang sebelum bernikah lebih-lebih lagi di usia muda adalah persediaan ilmu dan kewangan. Hal ini kerana perkahwinan merupakan suatu perkara yang sangat serius dan kunci dalam menempuh ujian rumah tangga adalah menerusi pegangan agama serta menjaga hubungan dengan ahli keluarga yang lain.

Sumber: IG & FB Zayan

Apa Komen Anda?