“Saya Nangis Dongak Ke Langit”- Sempena Birthday Abby, Norman Titip Ucapan Sayu

Umum mengetahui, hubungan rapat antara Norman Hakim dan juga Abby Abadi sudah tidak asing lagi selepas berpisah kira-kira 10 tahun yang lalu. Kini mereka berdua selesa berkawan baik demi menjaga kebajikan tiga orang anak yang berusia 11, 14 serta 16 tahun. Semalam, lelaki berkenaan telah memuat naik ucapan ulangtahun buat wanita tersebut sambil mengimbau kembali detik cemas saatnya bertarung nyawa melahirkan anak bersama suami, Faizal Zakaria. 

BACA: Norman Tolong Tanamkan Uri, Doktor Sahkan Bayi Pramatang Abby Dah Tak Kuat

Masa tu hujan lebat, saya bawa motor sampai terangkat

Advertisement

Ucapan tersebut telah dikongsi di laman Instagram miliknya beserta sebuah video. Menyingkap detik tersebut, pelakon berkenaan dan juga isteri iaitu Memey Suhaiza sangat terkejut apabila dimaklumkan tentang keadaan tersebut sehingga memaksa dirinya untuk bergegas ke pusat perubatan dengan menaiki motor. Hajatnya untuk menemani serta memberi sokongan kepada suami wanita berkenaan selepas terpaksa memilih salah satu nyawa untuk diselamatkan. 

Advertisement

Kitorang sayang awak sangat-sangat Bok

Norman bagaimanapun bersyukur selepas doanya telah dimakbulkan oleh Allah apabila kedua-dua insan tersebut dapat diselamatkan. Saat itulah dia dan isteri menyedari mereka berdua amat menyayangi wanita itu yang sungguh tabah menghadapi ujian. Lelaki berkenaan turut tidak melepaskan peluang mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak mereka bersama Memey. 

Advertisement

Sumber: Instagram Norman Hakim

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?