“Saya Okay Je Kak..”-Food Rider Jatuh Motor Tapi Masih Risau Makanan Tak Sampai

Lambakan syarikat telah menawarkan servis penghantaran makanan kepada pengguna pada zaman sekarang. Dengan kewujudan servis tersebut, ia bukan sahaja menjimatkan masa kita untuk mencari makanan malahan menjadi sumber rezeki buat para rider. Nampak macam mudah kerana penghantar makanan hanya menerima pesanan dan membuat penghantaran saja kan? Namun sebenarnya, mereka terdedah dengan pelbagai risiko lebih-lebih lagi di atas jalan raya seperti yang dialami seorang rider ini.

BACA: Warga Emas Terkandas Gara2 Skuter Habis Bateri, Rider Dipuji Bantu Lintas Jalan

Rasa macam nak nangis

Dalam satu perkongsian yang telah diceritakan oleh sorang gadis bernama Shia, dia dihubungi seorang food rider mengatakan makanannya tidak dapat dihantar kerana sudah terbabit dalam kecelakaan jalan raya. Lelaki berkenaan sempat bertanya kepadanya jika dia mahukan refund memandangkan makanan yang dipesan sudah tumpah akibat kejadian tersebut. 

Gambar Sekadar Hiasan

Saya okay je kak, dah call customer service tadi

Gadis itu sempat bertanyakan keadaan lelaki tersebut dan dia menyatakan kejadian berkenaan sudah dimaklumkan kepada pihak customer service. Selain itu, Shia juga bertindak menelefon pihak berkenaan untuk mencari tahu serta memantau rider yang berada dalam kesusahan itu.

Gambar Sekadar Hiasan

Dalam ambulans pun dia still tanya 

Perkongsian tersebut mengundang rasa simpati daripada netizen terhadap mereka yang berkhidmat sebagai seorang rider. Mereka berharap kebajikan pekerja-pekerja ini terjaga memandangkan risiko yang perlu dihadapi oleh seorang penghantar makanan adalah sangat tinggi terutamanya di atas jalan raya. 

Sumber: Twitter Shia 

Apa Komen Anda?