“Saya Sayang Awak Tapi Saya Pilih Dia”- Cinta Jarak Jauh Jadi Punca Selingkuh?

Tak semua pas4ngan bercinta baik yang sudah berkahwin ataupun belum sanggup bertahan dalam perhubungan jarak jauh. Antara dugaan yang sering terjadi adalah isu orang ketiga yang akhirnya menyebabkan sesuatu perhubungan itu putus di tengah jalan. Itulah yang terjadi pada gadis ini apabila teman lelakinya sanggup bermain kayu tiga dan akhirnya memilih wanita lain.  

BACA: Gara-Gara Gagal Beri Zuriat Lepas 4 Tahun Kahwin, Suami Sanggup Main Kayu Tiga!

Gambar sekadar hiasan

‘Saya sayang awak tapi saya pilih dia’

Hubungan suIit teman lelakinya mula dihidu apabila sikapnya semakin berbeza namun lelaki itu menafikannya apabila ditanya. Bagi mengakhiri segala teka-teki itu, gadis ini telah bertanya perihal lelaki itu dengan rakan serumahnya. Alangkah terkejutnya dia jawapan yang diterima sememangnya sesuatu yang paling tak mahu didengar oleh setiap yang bergelar teman wanita. 

Ingatkan bila I mintak putus dia akan fight for me

Long Distance Relationship (LDR) disifatkan gadis ini sebagai sesuatu yang menyakitkan. Hati siapa yang tak merana bila teman lelaki lebih memilih orang lain daripada diri sendiri. Malah, lelaki tersebut menyalahkan gadis ini pula kerana menjadi punca perpisahan dia dengan skandalnya. Tambah gadis ini lagi, dia berasa lebih terhina apabila gadis yang berjaya merampas hati teman lelakinya itu yang meminta supaya lelaki tersebut kembali semula kepadanya. 

Sebenarnya lelaki tak boleh LDR lama2

Dalam pada itu, ada individu menyifatkan kebanyakkan lelaki tidak boleh berada dalam perhubungan jarak jauh yang terlalu lama kerana mereka cepat bosan. Akibatnya, mereka akan mencari keseronokan sementara dengan mencari wanita lain. 

Dia pilih untuk selingkuh dengan perempuan yang 5000 km jarak

Namun, ada juga yang kurang bersetuju dengan kenyataan individu itu kerana sikap selingkuh seseorang tidak hanya bergantung pada faktor LDR semata-mata tapi sebenarnya bergantung pada hati dan diri masing-masing. 

Gambar sekadar hiasan

Dia betul2 berubah lepas dia start PUBG balik

Pendapat dan kata-kata gadis itu telah disokong ramai netizen. Melalui ruangan komen, ramai yang turut berkongsi kisah percintaan mereka yang akhirnya putus di tengah jalan apabila teman lelaki tergamak menduakan teman wanita mereka. Daripada perkongsian mereka dapat disimpulkan sikap bermain kayu tiga lelaki banyak berpunca daripada video game dan juga media sosial. Perit untuk diterima namun itulah kenyataannya. 

Sumber: Twitter twt_cinta

Apa Komen Anda?