“Saya Sendiri Buang Dah..” – Doktor Dedah Periuk Non-Stick Jadi Punca Barah!

Sejak kebelakangan ini, alat memasak yang bersifat tidak melekat atau non-stick semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Selain disifatkan tahan lama, jualan barangan tersebut yang rancak menerusi rancangan di TV serta online shopping telah mempengaruhi lagi trend ini. Tapi pernah kah anda tahu bahawa peralatan memasak juga boleh menyebabkan risiko pada kesihatan seisi keluarga?

BACA: “Siapa Kata Tak Boleh Makan Durian Masa Hamil Lepas Bersalin?” – Dr Imelda

Gambar sekadar hiasan

Punyalah jaga bab makan minum…tapi terlepas bab alat yang kita guna setiap hari

Menerusi pendedahan yang ditulis di Facebook miliknya baru-baru ini, Dr Rizal berkongsi tentang risiko yang orang ramai tidak sedar apabila menggunakan peralatan dapur popular ini. Menurutnya, fungsi teflon coating yang ada pada bahan-bahan tersebut telah membebaskan bahan kimia yang menyumbang kepada masalah kesihatan yang boleh mengubah h0rm0n kita, malah menyebabkan barah.

Kesihatan kita lebih mahal…

Ternyata ada 2 penyumbang ketara yang boleh menjadi silent kiIIer, iaitu bahan kimia PFOA dan PTFE. Oleh sebab itu, beliau menyarankan masyarakat agar menjadi pengguna yang bijak sambil memberikan nasihat agar jangan takut melabur wang lebih untuk mengutamakan soal kesihatan.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut turut mendapat perhatian rakannya iaitu Dr. Hafiz Sulaiman yang juga sebenarnya risau dengan trend non stick cookware ini kerana sudah berada di dapur kebanyakkan rumah masa kini.

Pilih PTFE/PFOA free…boleh kurangkan risiko terdedah bahan t0ksik

Sebaik mendapat tahu tentang risiko peralatan ini, beliau terus buang semua nonstick cookware yang terdapat di rumah kediamannya. Selain 2 bahan kimia itu tadi, tambahnya besi aluminium juga boleh merosakkan sistem saraf seterusnya menyebabkan banyak kesan teruk lagi seperti nyanyuk, gangguan imuniti badan serta alahan. Seperti rakannya, beliau turut memberi beberapa cadangan peralatan alternatif yang terdapat di pasaran pada harga cukup murah.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB DrRizal Abu Bakar & Hafiz Sulaiman

Apa Komen Anda?