“Saya Sudah Bersedia” – Eyra Hazali Dedah Bila Mahu Sanding Penjaga Gol!

Dugaan bertunang itu sememangnya berat apalagi jika orang itu bergelar selebriti. Kebelakangan ini, banyak kisah yang menyedihkan apabila beberapa selebriti tanah air memutuskan tali pertunangan. Tidak mahu menunding jari tapi itulah hakikat yang perlu diterima. Namun, lain pula ceritanya dengan seorang pelakon yang terkenal dengan drama bersiri, Mr. Grey ini. Dia memberitahu yang dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam bulan terdekat. 

BACA: Diejek Gara-Gara Baru Nak Baca Iqra? Eyra Hazali Kesal Sikap Masyarakat.

Eyra Hazali atau Hazira Qasdina Binti Hazali memberitahu yang dia bakal mendirikan rumah tangga  bersama bakal suami yang merupakan seorang penjaga gol untuk pasukan bola sepak negara bawah 22 Tahun iaitu Muhammad Haziq Nadzli November ini.

View this post on Instagram

Wah! Tak lama jer lagi @eyra.hazali bakal bergelar isteri! InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.. #mediahiburan #mhupdate

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Persiapan hampir 90%

Eyra Hazali berkata, dia sudah membuat persiapan hampir 90% untuk hari bahagianya bersama Haziq. Dalam masa yang sama, dia juga sedang berusaha untuk menyelesaikan beberapa komitmennya terhadap lakonan sebelum hari yang dinanti-nantikan itu tiba.

Tak menolak kahwin muda

Dalam pada itu, pelakon ini juga tidak menolak jodoh daripada Allah untuk berkahwin pada usia semuda 20 tahun. Biarpun ada usikan daripada pihak media tentang keputusannya berkahwin pada kerjayanya yang sedang meningkat naik, Eyra tetap percaya pada rezeki. 

Pelakon yang mula memakai hijab sejak beberapa bulan yang lalu ini juga berharap segala urusan perkahwinannya akan dipermudahkan memandangkan tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Tambahan pula, dia telah bergelar tunangan kepada Haziq selama lebih 9 bulan. Hal itu telah membuatkan dia lebih teruja menanti hari bahagia bersama penjaga gol tersebut. Belum bersedia berkongsi tarikh perkahwinan, Eyra berharap segalanya dipermudahkan. 

Sumber: Media Hiburan

Apa Komen Anda?