Hiburan Viral

“Saya Suka Awak” – Suami Orang Terciduk Wartawan TV3 Bagi Pickupline Masa Live

“Saya Suka Awak” – Suami Orang Terciduk Wartawan TV3 Bagi Pickupline Masa Live

Walaupun wartawan perlu mengendalikan interview secara profesional dengan gaya formal, terkadang perkara lucu yang terjadi akan membuatkan tayangan menjadi menarik. Bagi tenaga kerja di stesen TV3 sendiri, sudah beberapa kali barisan pembaca berita serta reporter mereka menjadi tular dek kerana adegan-adegan lucu sama ada ia berlaku secara sengaja mahupun tidak.

BACA : Tak Sengaja Dirakam Kamera Berita TV3, Amoi Berkebaya Dedah Video Full Menari

Kalau saya, saya tak suka kuih…Saya lagi suka awak

Dalam tayangan rancangan ‘Borak Kopitiam’ beberapa hari lalu, wartawan perempuan bernama Syikin Kamilin juga sempat bergurau dengan seorang lelaki tatkala sedang rancak berbual mengenai kuih kegemaran masing-masing. Apabila diajukan semula soalan sama, gadis berkenaan pantas membalas dengan cara memberikan pickupline.

@kokoqqqqqqqq

#pickupline #fyp #xyzbca #dengarkanlah

♬ original sound – kokoq – kokoq

TER-pickupline suami orang pula..Belum waktu berbuka tapi dah cerita kuih

Gara-gara terkesima mendengar ayat tersebut, Kai Hassan yang juga merupakan seorang penyampai radio di Molek FM terus berpaling ke belakang diselangi gelak ketawa. Jelas saudari Syikin, orang yang ditemubual ini adalah berstatus suami orang namun jelas ia merupakan gurauan sahaja sementara menantikan waktu berbuka puasa.

Boleh masuk Sepahtu ni….Penerbit TV3 be like : Inilah wartawan yang kita cari selama ini

Melalui ruanga komen, ramai netizen mengakui terhibur dengan dialog spontan yang dikeluarkan oleh Cik Syikin. Malahan ada yang berseloroh sikap kelakar itu membuatnya layak menyertai Sepahtu.

“Saya Suka Awak” – Suami Orang Terciduk Wartawan TV3 Bagi Pickupline Masa Live

“Saya Suka Awak” – Suami Orang Terciduk Wartawan TV3 Bagi Pickupline Masa Live “Saya Suka Awak” – Suami Orang Terciduk Wartawan TV3 Bagi Pickupline Masa Live

Kredit : TikTok kokoq & Instagram SYIQINKAMILIN

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Saya Suka Awak” – Suami Orang Terciduk Wartawan TV3 Bagi Pickupline Masa Live

Facebook

Telegram