“Saya Tak Mahu Sambung Kontrak Dia” – A. Aida Dedah Perkara Sebenar..

Pelakon Reza Hasbi baru-baru ini menjadi perhatian di media sosial gara-gara kenyataannya yang mendakwa dirinya tiada tawaran berlakon untuk tempoh lebih daripada 2 bulan, sehingga terpaksa meminta ihsan ibu bapa selain meminjam duit isterinya. Dia juga ada menyalahkan pihak produksi kerana tidak mempromosikan artis dan menganggap ia punca dia tidak mendapat tawaran berlakon sehingga kini.

BACA: 2 Bulan Tiada Job Berlakon, Reza Hasbi Tebalkan Muka Hidup Atas Ihsan Ibu Ayah!

Terkesan dengan kenyataan itu, baru-baru ini pengarah dan penerbit Datuk A. Aida telah tampil membuka mulut tentang pelakon itu.

Dia juga berasa kesal dengan kenyataan dibuat Reza yang seolah-olah menuduh syarikat produksinya menjadi punca dia tidak menerima tawaran berlakon. 

Niat saya ingin membantu tapi dia seakan-akan tak bersyukur

Saya beri peluang dia berlakon dalam beberapa drama saya 

A. Aida juga pernah menasihatkan Reza supaya mencari pekerjaan lain yang ada gaji tetap namun dia ingin menjadikan lakonan ini sebagai karier sepenuh masa. 

Selain itu, penerbit popular ini turut memutuskan untuk tidak lagi menyambung kontrak Reza selepas dua tahun artis ini berada di bawah produksinya memandangkan Reza seperti tidak menghargai bantuannya selama ini. 

Bila benda ni jadi, saya tak mahu sambung kontrak dia

Berikut adalah luahan yang dibuat Reza menerusi IG storynya baru-baru ini sehingga mengundang perhatian banyak pihak. 

Kawan2 Abbi sakan bershooting Abbi 2 bulan lebih termenung

Sumber: mStar Online

Apa Komen Anda?