Hiburan Viral

“Saya Terpaksa Pendam” – Penat Dikecam, Ajak Shiro Dedah Sebab Berhenti Jadi DJ

“Saya Terpaksa Pendam” – Penat Dikecam, Ajak Shiro Dedah Sebab Berhenti Jadi DJ

Baru-baru ini kumpulan Shiro telah dinobatkan sebagai juara dalam program Maharaja Lawak Mega 2018 dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 serta trofi. Namun tidak lama selepas itu, berita tentang Ajak dan Shahrol yang tidak mahu meneruskan tugas sebagai penyampai radio di Suria dan Hot FM menjadi hangat pula. Rata-rata netizen mengecam tindakan mereka yang seolah-olah mula lupakan diri.

BACA: Jantung Lemah, Buah Pinggang Bocor, Ebby Yus Sedang Jalani Rawatan

Dek tidak tahan dengan kecaman tersebut, Ajak ada menjelaskan sebab sebenar dia terpaksa menamatkan kontrak di Hot FM. Difahamkan selepas ini dia mahu lebih fokus dalam bidang komedi serta lakonan kerana sejak dia berkhidmat dengan Hot FM, dia langsung tidak berkesempatan untuk melibatkan diri dalam bidang tersebut. Kata Ajak, komitmennya sebagai penyampai radio terlalu berat sehinggakan tidak sempat untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain.

“Saya Terpaksa Pendam” – Penat Dikecam, Ajak Shiro Dedah Sebab Berhenti Jadi DJ

Selain itu, dia turut memaklumkan bahawa selama dia melibatkan diri dalam pekerjaan sebagai penyampai radio itu, tidak pernah sekali pun dia berpeluang untuk menghantar anak ke sekolah kerana terpaksa tiba ke konti Hot FM pada awal pagi. Tidak dinafikan, banyak perkara lain yang mahu dilakukan bersama keluarga tetapi tidak berkesempatan.


“Saya Terpaksa Pendam” – Penat Dikecam, Ajak Shiro Dedah Sebab Berhenti Jadi DJ

Ajak turut mengakui bahawa ramai peminat yang beranggapan bahawa dia seolah-olah sudah mula lupa diri dengan tidak menjadi DJ selepas ini. Namun hakikatnya, keputusan tersebut dibuat sebelum dia diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega lagi. 

Dalam pada itu Ajak bersyukur kerana doanya pada umrah yang lepas dimakbulkan, iaitu dia memohon agar sentiasa dimurahkan rezeki, dan kini kumpulannya sudah bergelar juara MLM 2018 selepas tujuh kali mencuba.


“Saya Terpaksa Pendam” – Penat Dikecam, Ajak Shiro Dedah Sebab Berhenti Jadi DJ

Manakala Shahrol Shiro pula sudah lama menamatkan kontraknya dengan Suria FM iaitu sejak 11 Januari yang lepas. Katanya dia mahu lebih fokus dalam bidang lain memandangkan kini dia sudah mempunyai syarikat produksi sendiri iaitu Bushido Production yang beroperasi di Johor dan bakal mengeluarkan drama terbitannya sendiri. Setakat ini Shahrol banyak terlibat dalam menerbitkan program-program untuk jabatan kerajaan dan sebagainya.

Sumber: Hmetro, BH, Instagram Ajak & Shahrol

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Saya Terpaksa Pendam” – Penat Dikecam, Ajak Shiro Dedah Sebab Berhenti Jadi DJ

Facebook

Telegram