• Home
  • Hiburan
  • Viral
  • Cinta
  • Family
  • Inspirasi
  • Tips
Erin Sakura
  • Home
  • Hiburan
  • Viral
  • Cinta
  • Family
  • Inspirasi
  • Tips
No Result
View All Result
  • Home
  • Hiburan
  • Viral
  • Cinta
  • Family
  • Inspirasi
  • Tips
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

“Sebagai Suami Saya Tiada Isu, Tanyalah Diana Apa Masalah Dia” – Farid Kamil

March 20, 2023
in Artis, Family, Viral
“Sebagai Suami Saya Tiada Isu, Tanyalah Diana Apa Masalah Dia” – Farid Kamil
0
SHARES
18.5k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on Telegram

Tatkala ramai sibuk menguruskan persekolahan anak-anak serta membuat persediaan menjelang ketibaan Ramadan, hari ini kita dikejutkan dengan berita kemelut rumah tangga pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil. Terdahulu, Diana dilapor memfailkan permohonan berpisah terhadap suaminya pada awal Mac lalu atas alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq (perbalahan berpanjangan).

BACA : Beri Kepercayaan Anak Buat Apa Yang Disukai, Diana & Farid Kamil Dipuji

Farid Kamil enggan lafazkan talak kepada isterinya

Perbicaraan mengenai tuntutan itu malah berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam pagi ini. Walau bagaimanapun, Farid Kamil enggan melafazkan talak kepada isterinya. Sehubungan itu, Hakim Syarie memerintahkan kedua-dua mereka untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)

“Sebagai Suami Saya Tiada Isu, Tanyalah Diana Apa Masalah Dia” – Farid Kamil

Saya masih sayangkan Diana & anak-anak

Memetik portal BH Online, aktor dan pengarah sensasi berikut jelaskan keengganan itu kerana masih sayangkan isteri dan 2 anak mereka. Susulan itu, Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari berharap isu kemelut rumah tangganya dapat diselesaikan melalui jalan perdamaian.

“Saya ingin selamatkan keluarga menerusi jalan perdamaian di mahkamah. Semoga Allah memberi petunjuk serta hidayah. Saya masih sayangkan Diana dan tentunya 2 cahaya mata kami, Muhammad dan Aurora.” 

“Sebagai Suami Saya Tiada Isu, Tanyalah Diana Apa Masalah Dia” – Farid Kamil

Nafi wujud krisis antara dirinya & Diana…hingga bawa keretakan rumah tangga

Dalam waktu yang sama, pelakon filem ‘Remp-It’ itu turut menafikan wujud krisis antaranya dan Diana hingga membawa keretakan dalam perkahwinan mereka. Meskipun kini diuji berdepan konflik rumah tangga, Farid bagaimanapun jelaskan isu tersebut langsung tidak mengganggu emosinya malah kini sibuk di lokasi penggambaran.

“Sebenarnya, tiada apapun yang berlaku. Sebagai suami, saya tiada masalah. Tanyalah Diana, apa masalah dia. Ketika ini, saya sedang sibuk di lokasi penggambaran. Alhamdulillah, fokus saya kini lebih kepada mencari nafkah.”

“Sebagai Suami Saya Tiada Isu, Tanyalah Diana Apa Masalah Dia” – Farid Kamil

Kredit : BH Online

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tags: berpisahdiana daniellefarid kamilisumasalahtalak
Waffa Duel Layer Khimar
Next Post
“Sebagai Suami Saya Tiada Isu, Tanyalah Diana Apa Masalah Dia” – Farid Kamil

Farid Kamil Dihalang Masuk Rumah & Jumpa Anak? Ini Respon Peguam Diana Danielle

Alissa

Popular

“Sebagai Suami Saya Tiada Isu, Tanyalah Diana Apa Masalah Dia” – Farid Kamil

Suami Tangkap Berdua-Duaan Dengan Skandal, Kakak Kepada Kak KM Jawab Fitnah

October 20, 2021
“Sebagai Suami Saya Tiada Isu, Tanyalah Diana Apa Masalah Dia” – Farid Kamil

Dulu Viral Takut Langkah Longkang, Murid Cute Kini Bakal Masuk Sekolah Menengah

February 18, 2023
“Sebagai Suami Saya Tiada Isu, Tanyalah Diana Apa Masalah Dia” – Farid Kamil

Miliki Suara Lunak ‘Sebijik’ TokTi Zaman Muda, Gadis Lesung Pipit Jadi Fenomena

September 23, 2022
“Sebagai Suami Saya Tiada Isu, Tanyalah Diana Apa Masalah Dia” – Farid Kamil

‘Selama Ni Ingatkan Dia Mak Mertua Awak, Tak Sangka Rupanya Madu!’

June 6, 2019

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Hiburan
  • Viral
  • Cinta
  • Family
  • Inspirasi
  • Tips

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)