Sebak! Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Dalam Kotak & Ditinggalkan Tepi Jalan

Pagi tadi, seorang bayi yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui telah ditinggalkan di dalam sebuah kotak di tepi jalan, iaitu 100 meter dari Sekolah Kebangsaan (SK) Darul Hikmah, Jalan Jelai. Bayi maIang yang dibalut dengan sehelai kain berwarna biru gelap itu ditemui kira-kira jam 8.15 pagi oleh seorang lelaki berusia 40 tahun.

BACA : Jangan Berkira Untuk Pakai Car Seat, Nyawa Bayi Lebih Terancam Tanpanya

Menurut Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin yang juga merupakan Ketua PoIis Daerah Kota Setar, pihaknya telah menerima panggilan sebelum kereta peronda bergerak menghala ke lokasi dan mendapati bayi berkenaan masih hidup.

Kemudian, bayi tersebut diberikan susu dan ditukarkan lampinnya oleh seorang perempuan yang bekerja sebagai tukang cuci di sekolah berhampiran lokasi kejadian sebelum dibawa ke pusat rawatan melalui ambulans.

Tambah Mohd Rozi lagi, pihak forensik yang melawat bayi berkenaan kini di tempatkan di NICU HospitaI SuItanah Bahiyah (HSB) bagi mendapatkan rawatan susulan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Lelaki berusia 40 tahun yang telah menemui bayi itu turut ke balai poIis berdekatan untuk membuat laporan mengenai kejadian tersebut agar tindakan susulan boleh diambil.

Sedihnya. Aku kalau anak menangis lambat bagi susu pun dah risau

Pihak poIis kini sedang giat mengesan ibu bayu terbabit dan berharap agar orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu untuk segera tampil membuat laporan di balai poIis berhampiran. Menjengah ke ruangan komen di laman Facebook pula, para netizen menyatakan juga rasa simpati mereka. Dalam masa yang sama rata-rata mereka turut meluahkan syukur kerana bayi maIang ini berada dalam keadaan selamat ketika ditemui.

Sumber : BH Online

Apa Komen Anda?