“Sebak Kejap Aku” – Achey Tak Dapat Tahan Air Mata, Abah Nyanyi Madah Pujangga

Seorang ayah selalunya digambarkan sebagai insan yang garang dan bersifat tegas. Walaupun begitu, mereka sebenarnya penuh dengan sifat mesra dan mengambil berat akan keluarganya. Sebagai ketua keluarga, mereka terpaksa berperwatakan tegas demi mendidik keluarga terutamanya anak-anak. Oleh itu, anak-anak perlulah menghargai pengorbanan dan jasa yang telah dilakukan oleh ketua keluarga ini selagi mereka masih ada di sisi. Itulah yang telah ditunjukkan oleh Achey ketika gilirannya untuk menjaga bapanya baru-baru ini.

BACA: [VIDEO] Bayi Meratap Tanpa Henti Sebelah Jasad Ibu, Ayah Pula Kirim Nota Sebak

Tidak dapat menahan air mata

Pelawak terkenal Achey telah berkongsi di akaun Instagramnya sebuah video pendek yang memaparkan bapanya menyanyikan lagu berjudul Madah Pujangga. Berdasarkan video yang meraih lebih dari 230 ribu tontonan itu, Achey seperti tidak dapat menahan air matanya sebaik sahaja lagu itu dinyanyikan oleh abahnya.

Advertisement

Abah pula yang nyanyi lagu itu

Pada awalnya, Achey ingin mendedikasikan lagu itu kepada bapanya. Namun, tak semena-mena warga emas itu pula yang menyanyikan lagu itu untuknya. Anggota kumpulan Bocey itu turut memberitahu dia berasa sebak mendengar nyanyian ayahnya itu. Katanya lagi, sedap atau tidak itu semua tidak penting kerana pengertian yang dibawa bersama lagu tersebut lebih bermakna.

Semoga terus sihat dan panjang umur

Dalam pada itu, Achey mengucapkan terima kasih kepada adik-beradiknya yang lain kerana bersama-sama membantu dalam menjaga ayah mereka itu. Video yang dimuat naik tersebut telah mencetuskan rasa sebak di kalangan netizen. Mereka turut meluahkan rasa rindu kepada ayah masing-masing yang sudah pun kembali ke rahmatullah dan ada juga mendoakan agar bapa kepada bekas peserta Maharaja Lawak Mega 2019 itu terus sihat serta panjang umur.

Sumber: Instagram Achey Bocey

Advertisement

Apa Komen Anda?