Sebak! Lihat Bagaimana Sebuah Kondo Batalkan Niat Suami Isteri Dari Berpisah

Bak kata orang tua-tua, alam perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main atau dipandang ringan. Biarpun begitu, nampaknya semakin ramai manusia yang seperti tidak mengendahkan perumpamaan tersebut apabila kita dapat lihat terlalu banyak rumah tangga telah runtuh pada masa kini. Tak dinafikan bahawa jodoh dan takdir itu di tangan yang Maha Esa, namun kadangkala perpisahan bukanlah jawapan mutlak untuk menyelesaikan segala konflik antara suami dan isteri.

BACA: Masalah Kewangan Jadi Punca Tertinggi Berpisah, Netizen Kaitkan Isu Hantaran!

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Hazieq ada berkongsi kisah istimewa tentang bagaimana sebuah k0nd0minium telah membatalkan hasrat sepasang suami isteri ini daripada berpisah. Waktu itu, dia bersemuka bagi membincangkan urusan pembahagian harta mereka selepas memilih haluan masing-masing nanti.

Gambar sekadar hiasan

You amik la condo ni…kita takde duit sangat kan masa tu?”

“Encik…boleh tak saya nak fikir balik pasal perpisahan kami ni?”

Gambar sekadar hiasan

Semoga mereka berdua masih bersama…kalau dah jodoh kan

Ujar Hazieq, dia sendiri tidak menyangka bahawa senarai harta sepencarian itu telah menimbulkan kembali detik susah senang yang dilalui oleh klien dan suaminya. Dia turut bersyukur kerana dapat menghulurkan sedikit bantuan yang mampu menyelamatkan rumah tangga mereka daripada musnah sepenuhnya. Perkongsian daripada jejaka ini turut mendapat banyak maklum balas dalam kalangan netizen, yang mana rata-rata mereka berasa amat terharu dengan situasi yang menyayat hati tersebut.

Sumber: Twitter genjidotcom

Apa Komen Anda?