Antara salah satu watak yang sudah sinonim dengan Ryan Bakery adalah ‘Budak Bedak’. Dengan seluar sukan yang dipakai tinggi beserta kemeja T pendek, karakter berkenaan digambarkan sebagai kanak-kanak tipikal persis zaman kita kecil dahulu. Berkat usaha membuat video menarik hingga mencetuskan fenomena, semalam dia dijemput ke temubual rancangan ‘MeleTOP’.
BACA : Ryan Bakery Ume Cikin Jadi Teladan, Raih Populariti Tanpa Dagang Maruah Diri
Haaaa kan dah kena marah dengan Mama Sherry
Sempat berlakon dengan Sherry Al Hadad, ternyata sketsa spontan mereka berdua cukup menghiburkan ramai. Jelingan mata serta ekspresi wajahnya benar-benar sama seperti dalam kebanyakan content. Cuma kali ini, netizen dapat menyaksikannya secaran siaran langsung.
Saya hargai sangat…Awak semua baik sangat dengan saya
Rakaman di sebalik tabir ketika Ryan menapuk wajahnya dengan bedak tabur juga sempat dirakam. Selepas itu, tunangnya iaitu Elyia Ibrahim rupanya ada membantu persiapan imej Budak Bedak berkenaan termasuklah membersihkan sedikit bahagian muka serta menyikat rambut. Tidak perlu mengambil masa yang lama, makeover itu siap dalam sekelip mata. Selain itu, jejaka berusia 27 tahun tersebut mengucapkan kata penghargaan kepada semua yang telah menyokongnya hingga ke tahap ini.
Bila berbedak, terus in character…Dia punya jeling ehhh geram aku
Menerusi ruangan komen, ramai netizen merasa terhibur khususnya apabila melihat Ryan menjeling matanya ke atas dengan penuh ‘menyirap’. Sementara itu, ada juga yang terharu mengenang semula zaman awal-awal ketika dia mencipta content.
Kredit : IG Ryan Bakery, MeleTOP, TikTok aimanmunshiro
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
