Sebalik Video Tular Konon Terjun Bangunan, Rupanya Ada Orang Kedua Atas Bumbung

Malam tadi, sebuah portal berita tempatan melaporkan sebuah kejadian salah faham melibatkan seorang juruteknik, pengurus hotel, pihak b0mba dan juga orang awam. Salah faham ini berpunca apabila Asyraf Azlin yang berkerja sebagai juruteknik sedang menyelenggara sistem air panas di atas bumbung sebuah hotel. Segala kekecohan bermula apabila Asyraf didatangi pihak pengurus hotel yang bertanyakan keadaannya. 

BACA: Kecoh Bil Api Melambung, Pekerja TNB Ini Dedah Rahsia Berkesan Jimat Elektrik

Menurut pengurus hotel, mereka menerima laporan bahawa terdapat individu yang cuba membvnuh diri dari atas bumbung itu dan menyangka orang itu adalah Asyraf. Dalam masa yang sama, pasukan b0mba dan p0lis telah berada di bawah bangunan hotel untuk mencari may4t. 

Berikut adalah video laporan dari Harian Metro yang memaparkan susuk tubuh seorang lelaki yang berdiri di tepi dinding, seolah-olah ingin terjun dari tempat itu. 

Dia dibawa ke balai p0lis berhampiran untuk memberi keterangan

Berikut adalah penceritaan yang dibuat oleh Asyraf melalui Twitternya. 

Kelakar.. Padahal aku jauh giIa dengan pagar tu

Disebabkan itu, Asyraf akhirnya terpaksa membatalkan hasratnya berbuka di rumah bersama keluarga dan dia berbuka di balai poIis bersama beberapa anggota.

PoIis taknak lepaskan aku.. nanti b0mba marah 

Aku pi balik tempat tu

Selepas dibebaskan pihak poIis, Asyraf akhirnya pergi semua ke bumbung itu untuk memastikan beberapa perkara. Alangkah terkejutnya dia apabila baru menyedari individu di dalam video itu bukanlah dirinya berdasarkan pemerhatiannya atas beberapa faktor.

Lepas aku perhati video tu, macam ada yang tak kena

Serius.. Ni bukan aku 

Aku syak cleaner yang cuci lantai kat sana

Saya tak berdiri kat tembok tapi saya berdiri kejap je kat sini

Sekarang ni aku yakin video tu bukan aku

Sedih.. nama dan muka aku dah calar habis

Aku tak salahkan sesiapa…pasti ada hikmah

Sumber: Youtube Harian Metro, Twitter acapgiga

Apa Komen Anda?