Sesudah berkahwin, lumrah lelaki pasti menginginkan isteri masing-masing sentiasa kelihatan cantik menawan sepanjang masa. Namun begitu, tidak semua wanita mampu berbuat sedemikian kerana sibuk menguruskan kerja-kerja di rumah. Ikuti perkongsian daripada Puan Farizal Radzali tentang realiti sebenar rumah tangga.
BACA: Pantau Kewangan Isteri Bukan Sekat, Gantilah Duit Yang Digunakannya Setiap Hari
Nak cantik pun kena ikut tempat…Pakai baju biasa-biasa saja lebih senang
Di sebalik rungutan para suami, golongan wanita sebenarnya berhias mengikut keperluan dan masa yang sesuai. Menurut Puan Farizal, pastinya sangat pelik jika mahu menguruskan rumah tangga jika tampil melaram seperti ingin bertandang majlis kenduri. Maka sebab itulah rata-rata wanita lebih selesa sarung pakaian simple saja di dalam rumah.

Jangan complaint isteri makin tak cantik lepas kahwin…Muhasabah diri sendiri terlebih dahulu
Sehubungan itu, golongan lelaki dinasihatkan agar jangan cepat merungut sekiranya penampilan isteri berubah 180 darjah selepas berkahwin. Sebaliknya, mereka juga harus menilai diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengata buruk tentang partner masing-masing.

Isteri rela utamakan family…Suami perlu rajin membantu uruskan rumah
Hakikatnya setiap isteri sanggup mengutamakan keluarga meskipun terpaksa mengabaikan diri sendiri. Seandainya masih mahukan isteri yang cantik walaupun ketika berada di rumah, Puan Farizal berharap para suami sendiri harus rajinkan diri membantu uruskan rumah tangga juga.

Sumber: Facebook Farizal Radzali
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura