“Sebelum Cuti Raya, Doktor Dah Pesan..”- Akibat Terlalu Lasak, Fasha Keguguran!

Baru sahaja mengumumkan berita gembira sudah berbadan dua kurang sebulan yang lalu, terbaru pula Fasha telah mengumumkan satu berita sedih melalui Instagram miliknya bahawa kandungan pertama perkahwinan keduanya ini telah keguguran. Melalui ruangan kapsyen, Fasha memberitahu keguguran itu berpunca akibat dia mengabaikan pesanan doktor yang menyuruhnya memperbanyakkan berehat. Sebaliknya, dia terlalu sibuk berkerja dan lasak bergerak.  

BACA: Baru 2 Bulan Kahwin Dah Berjaya Hamil, Fasha Sandha Dedah Rahsia Amalannya!

Doktor dah pesan banyakkan berehat

Ibu banyak bergerak masa raya ni.. jalan laju2, buat kerja

Sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu

Saya sangat sedih nak bagitau yang saya keguguran 

Di hujung kapsyen, Fasha sempat berterima kasih kepada mereka yang sering mendoakan kesejahteraan kandungannya sebelum ini. Dia juga sentiasa berdoa dan berharap agar dikurniakan rezeki anak bersama Aidil Aziz di lain waktu. 

Rakan artis dan juga peminat memenuhi ruangan komen di posting tersebut dengan kata-kata semangat dan takziah buat Fasha dan Aidil. 

Kami doakan ibu kuat ye

Be strong. Semoga cepat sihat 

InsyaAllah ada rezeki nanti

Takziah akak. Moga kuat menghadapi ujian ini

Fasha dan Aidil telah sah bergelar suami isteri pada 30 Mac lalu. Kurang dua bulan selepas berkahwin, mereka telah berkongsi berita gembira bersama peminat tentang kehamilannya.

Tangisan Ramadan

Sumber: IG fashasandha,  itsaidilaziz

Apa Komen Anda?