Cinta Inspirasi Tips

Sebelum Menjelang Hari Bahagia, Bakal Pengantin Harus Pastikan 6 Perkara Ini

Sebelum Menjelang Hari Bahagia, Bakal Pengantin Harus Pastikan 6 Perkara Ini

Sharing is caring!

Menguruskan hal perkahwinan bukanlah sesutau yang mudah. Terlalu banyak perkara perlu difikirkan untuk memastikan majlis yang bakal berlangsung itu tampil sempurna. Oleh itu, mereka yang akan berkahwin ini digalakkan untuk berkongsi dengan keluarga masing-masing bagi meringankan beban. Namun begitu, terdapat juga beberapa perkara yang seelok-eloknya diuruskan sendiri oleh bakal pengantin tanpa penglibatan orang lain.

BACA: Kumpul RM19 Ribu Dalam Masa Singkat, Wanita Ini Kongsi Tips Simpan Duit Kahwin

Sebaiknya diuruskan sendiri oleh bakal pengantin

Berdasarkan posting dikongsikan pengguna Twitter @rahim_isam, terdapat 6 perkara yang sebaik-baiknya diuruskan sendiri oleh bakal pengantin. Walaupun mungkin kelihatan remeh, perkara-perkara tersebut amatlah penting kerana ia akan memberi impak besar di majlis perkahwinan yang akan berlangsung itu.


Sebelum Menjelang Hari Bahagia, Bakal Pengantin Harus Pastikan 6 Perkara Ini
Gambar sekadar hiasan

Busana, MUA, & henna

Menurutnya, antara perkara yang perlu dirancang dengan teliti sebelum tibanya hari penting tersebut adalah penampilan kedua-dua mempelai seperti busana, henna dan juga solekan. Kepada pengantin perempuan, ketiga-tiga ini harus dipastikan sudah tersedia lebih awal supaya keadaan tidak menjadi kelam kabut pada hari kejadian. Malahan, persiapan seperti ini sebaiknya difikirkan dengan cermat supaya segala yang diharapkan bakal raja sehari dapat ditunaikan.

Sebelum Menjelang Hari Bahagia, Bakal Pengantin Harus Pastikan 6 Perkara Ini
Gambar sekadar hiasan
Sebelum Menjelang Hari Bahagia, Bakal Pengantin Harus Pastikan 6 Perkara Ini
Gambar sekadar hiasan
Sebelum Menjelang Hari Bahagia, Bakal Pengantin Harus Pastikan 6 Perkara Ini
Gambar sekadar hiasan

Pelamin, hand bouquet & jurugambar

Tambahnya lagi, aksesori seperti bunga tangan dapat mengelakkan pengantin perempuan daripada berasa kekok dan pelamin yang cantik juga akan lebih menyerlahkan majlis berkenaan. Perkara terakhir yang perlu diambil berat adalah jurugambar. Bagi yang berkemampuan, upahlah jurugambar untuk merakamkan saat-saat indah di hari paling bermakna itu supaya kenangan tersebut dapat dilihat kembali suatu masa nanti.


Sebelum Menjelang Hari Bahagia, Bakal Pengantin Harus Pastikan 6 Perkara Ini
Gambar sekadar hiasan
Sebelum Menjelang Hari Bahagia, Bakal Pengantin Harus Pastikan 6 Perkara Ini
Gambar sekadar hiasan
Sebelum Menjelang Hari Bahagia, Bakal Pengantin Harus Pastikan 6 Perkara Ini
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter rahim_isam


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sebelum Menjelang Hari Bahagia, Bakal Pengantin Harus Pastikan 6 Perkara Ini

Sharing is caring!