“Sebenarnya Anak Pertama Kembar, Tapi..” – Lisa Surihani Dedah Pernah Keguguran

Sebaik sahaja memperoleh berita disahkan positif ujian kehamilan, pastinya senyuman kegembiraan akan terpancar di wajah suami isteri serta ahli keuarga yang lain. Dan sejak daripada detik itu, sudah menjadi kebiasaan untuk  mempunyai bayangan dan perancangan terhadap anak masing-masing yang bakal lahir nanti. Tapi kadangkala mungkin belum rezeki lagi, keguguran pula berlaku. Itulah yang terjadi kepada pelakon jelita, Lisa Surihani mendedahkan detik sukar ketika mengalami keguguran sewaktu kandungan pertama.

BACA: “Kena Tendang Dengan Ex Husband Masa 3 Bulan Mengandung. Akhirnya Aku Gugur..”

Perkara itu diluahkan oleh Lisa menerusi paparan sedutan video yang diambil daripada salah satu sesi program ‘Tanya Doktor Imelda’. Potongan video itu telah dimuat naik di laman Instagram Mingguan Wanita untuk dikongsikan kepada para penontonnya yang mana bakal menampilkan topik “Punca dan Tips Tangani Keguguran”.

Pelakon filem Ombak Rindu ini menjelaskan bahawa dia sangat berdukacita apabila dimaklumkan bahawa degupan jantung salah seorang kandungan kembarnya itu tidak dapat dikesan semasa menghadiri satu sesi check up. Lisa malah tidak berputus asa untuk mengetahui cara untuk menyelamatkannya, namun doktor yang merawatnya mengesahkan perkara tersebut.

“Saya bersyukur dapat melahirkan Yahaira Leanne, tapi saya nak tahu, kenapa boleh berlaku? Saya tanya, what does this mean? Adakah ia bermaksud yang ada prosedur yang perlu dilakukan? Tapi Doktor tu cakap it was dissolved..”

Dalam pada itu, Prof Dr. Imelda Balchin turut berkongsi info tentang konsep keguguran. Menurutnya keguguran awal berlaku dalam tempoh sebelum 13 minggu kehamilan, manakala selanjutnya pula termasuk dalam kategori keguguran lewat. Tidak ketinggalan, beliau turut memberikan banyak pujian dan kredit kepada Lisa Surihani kerana banyak bantunya memandangkan ini kali pertama Prof Imelda mengendalikan rancangan seperti ini selaku hos.

View this post on Instagram

Lisa Surihani Mohamed @lisasurihani is so adorable and I love working with her. She gives me guidance when you are not looking. She has the earpeace and all the instructions from the managers when we were live, goes into her ear to give her the headaches, so that I could focus on what I wanted to say with nobody talking to me in my ear at the same time. How do you do that???????? Her task is harder than you think. Without her, I wouldn’t be as relaxed on the show. This is how we work as a team. The fact that celebrities came to #TanyaDrImelda show is a positive thing, because we wanted the public to take care of their health and we wanted celebrities to show the public and their fans, that celebrities all made the effort to look after their health and they do seek help and advice from their doctors. The message is clear. Penjual jamu seleb pun kata dia dengar nasihat doktor dan nak belajar dari doktor on the show. Sebab itulah mereka datang dan beri sokongan kepada program #TanyaDrImelda. Terimakasih kepada semua yang menjayakan rancangan ini supaya kita boleh buat season dua di masa yang akan datang.

A post shared by Imelda Balchin (@imeldabalchin) on

Sumber: IG mingguanwanita

Apa Komen Anda?