Inspirasi Isu Semasa

Sebenarnya Tak Pelik Pun Solat Di Tanah Kubur, Tapi Ramai Yang Kurang Faham

Sebenarnya Tak Pelik Pun Solat Di Tanah Kubur, Tapi Ramai Yang Kurang Faham

Sharing is caring!

Setiap yang hidup pasti akan pergi jua. Demikian, telah menjadi tanggungjawab buat umat Islam untuk menguruskan jasad yang kaku sehingga ke pengebumian sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Alasan seperti tidak sempat hadir solat berjemaah sering kali kedengaran. Namun tahukah anda sebenarnya kita masih boleh melakukannya meskipun jasad sudah dikebumikan?

BACA: “Tolong Kebumikan Aku Tau?” – Gurauan Jadi Realiti, Achey Tunaikan Hasrat Abam


Sebenarnya Tak Pelik Pun Solat Di Tanah Kubur, Tapi Ramai Yang Kurang Faham
Gambar sekadar hiasan

Ilmu berguna..semua patut ambil tahu

Menerusi catatan lelaki dikenali sebagai Akid, dia cuba untuk menjawab persoalan masyarakat yang keliru berkenaan hukum solat di pusara seseorang. Tambahan ilmu ini juga adalah sesuatu yang baru buatnya dan menjadi tanggungjawab untuk dikongsikan bersama. Menurut jejaka ini, tidak salah jika seseorang itu memberi penghormatan terakhir kepada jasad tersebut.

Sebenarnya Tak Pelik Pun Solat Di Tanah Kubur, Tapi Ramai Yang Kurang Faham

Sebenarnya Tak Pelik Pun Solat Di Tanah Kubur, Tapi Ramai Yang Kurang Faham

Satu peluang yang sama buat semua

Islam itu mudah, jadi tidak menjadi satu masalah buat mereka yang tidak berkesempatan menunaikan solat berjemaah dan menggantikannya saat di pusara. Waima katanya lagi, pusara Allahyarham Nik Aziz juga tetap menerima kunjungan masyarakat yang ingin memberi penghormatan terakhir kepadanya meskipun seminggu telah berlalu.


Sebenarnya Tak Pelik Pun Solat Di Tanah Kubur, Tapi Ramai Yang Kurang Faham

Sebenarnya Tak Pelik Pun Solat Di Tanah Kubur, Tapi Ramai Yang Kurang Faham

Sah solat yang dilakukan menurut Mufti

Dalam pada itu Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah menyimpulkan bahawa hukum solat di atas tanah perkuburan adalah harus dan dibolehkan jika tidak sempat berkumpul sebelum jasad seseorang dikebumikan. Malah dalam riwayat al-Bukhari (458), Nabi SAW pernah hadir ke pusara seorang sahabat lalu terus solat di pusaranya. Namun perkara ini cuma dibolehkan dengan syarat pusara itu tidak pernah digali semula.

Sebenarnya Tak Pelik Pun Solat Di Tanah Kubur, Tapi Ramai Yang Kurang Faham

 

Sebenarnya Tak Pelik Pun Solat Di Tanah Kubur, Tapi Ramai Yang Kurang Faham
Gambar sekadar hiasan

 

Sumber: Facebook Akidd Kidd & Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sebenarnya Tak Pelik Pun Solat Di Tanah Kubur, Tapi Ramai Yang Kurang Faham

Sharing is caring!