“Sebulan Dah Sayang..” – Bekas Isteri PU Abu Akhirnya Dedah Wajah Anak, Comel!

Walaupun sudah berpisah dengan bekas suaminya yang juga merupakan pendakwah selebriti PU Abu Sufyan, namun wanita bernama Ain ‘Afini ini tetap cekal dalam meneruskan hidup walaupun banyak cabaran yang perlu dilaluinya selepas ini. Antara perkara itu termasuklah menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal selepas dia selamat menimang seorang bayi lelaki  di sebuah pusat rawatan di Shah Alam pada Syawal ketiga lalu.

BACA: “Ayah Mohon Maaf Banyak Salah..” – Abu Sufyan Sebak Timang Anak Isteri Pertama

Tak sangka dah sebulan…umi tak ada benda lain boleh bagi melainkan jiwa

Terbaru, Ain akhirnya telah bersedia untuk berkongsi wajah cahaya mata sulungnya selepas dia berusia genap berusia sebulan pada hari ini. Menerusi posting di laman Instagram miliknya, Ain juga mendedahkan nama permata hatinya itu, iaitu Muhammad Adam Aysar buat pertama kali kepada umum.

Allah tarik suami tapi ganti dengan yang lebih baik pula..

Selain itu, Ain turut menitipkan doa agar anaknya itu membesar dengan sihat dan sanggup membuat apa sahaja demi merealisasikannya. Ternyata pendedahan pertama mengenai anaknya itu telah membuatkan rata-rata netizen berasa teruja dan sebak dalam masa yang sama. Malah, ada yang turut memberikan kata-kata semangat kepada wanita yang berusia 23 tahun ini agar dia sentiasa diberi kekuatan untuk menempuh ujian yang sedang melanda dirinya kini.

Semoga Ain & anak terus diberikan kekuatan…

Sumber: IG ainafini_

Apa Komen Anda?