Cinta Kehidupan Viral

Sediakan Kek Birthday Suami, Netizen Simpati Isteri Cuma ‘Disidai’ Tepi Pintu

Sediakan Kek Birthday Suami, Netizen Simpati Isteri Cuma ‘Disidai’ Tepi Pintu

Dalam sesebuah perkahwinan, tidak semua pasangan gemar meraikan tarikh-tarikh penting. Sesetengah daripada mereka bertingkah laku seperti tiada apa-apa walaupun pada hari istimewa seperti seperti hari ulang tahun perkahwinan, hari jadi pasangan dan sebagainya. Jika sesekali ia disambut untuk insan tersayang pasti dihargai, namun berbeza sekali dengan kisah di bawah.


BACA: Isteri Cakap Jujur Belum Dapat Nafkah Bulan Ini, Suami Terus Selit Duit Tebal

Terpacak depan pintu degan kek…Laki balik kena ‘sidai’ je

Seorang wanita dari Thailand berkongsi sebuah video saat dia ingin membuat kejutan khas buat suami tercinta. Rakaman tersebut hangat menjadi bualan warganet selepas melihat lelaki yang baru pulang dari kerja itu langsung tidak memberikan sebarang reaksi kepada si isteri.


@user8567068389139

♬ original sound – Zin Nwe lwin – Zin Zin💞💞💞

Masa tu je nampak tak layan bini…Rupanya dia potong juga kek birthday tu

Beberapa hari selepas itu, user8567068389139 ada memuat naik video lain ketika dia dan lelaki berbaju biru berkenaan sedang duduk bersama di hadapan hidangan makanan. Walaupun pada awalnya si suami tidak mengendahkannya, kali ini dia dilihat ingin memotong kek hari jadi disediakan oleh wanita berkenaan.


@user8567068389139

กรีนสกรีนวิดีโอက်ားက်ားေမြးေန႔အမွတ္တရေလးပါ #กรีนสกรีนวิดีโอ

♬ မူရင်းအသံ – sawsawsaw840 – sawsawsaw840

Isteri penat-penat nak buat surprise…Kau menonong je masuk tak senyum pun

Sejak dikongsikan ke TikTok rakaman tersebut telah meraih hampir 700 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan rasa bengang mereka tatkala melihat reaksi lelaki itu seperti tidak menghargai usaha isterinya.

Sediakan Kek Birthday Suami, Netizen Simpati Isteri Cuma ‘Disidai’ Tepi Pintu

Sediakan Kek Birthday Suami, Netizen Simpati Isteri Cuma ‘Disidai’ Tepi Pintu

Sediakan Kek Birthday Suami, Netizen Simpati Isteri Cuma ‘Disidai’ Tepi Pintu

Sediakan Kek Birthday Suami, Netizen Simpati Isteri Cuma ‘Disidai’ Tepi Pintu

Kredit: TikTok user8567068389139

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sediakan Kek Birthday Suami, Netizen Simpati Isteri Cuma ‘Disidai’ Tepi Pintu

Facebook

Telegram