Cinta Family Hiburan

Sedih Abang Pergi Secara Mengejut, Aishah Sinclair Janji Akan Jaga Bunga & Noah

Sedih Abang Pergi Secara Mengejut, Aishah Sinclair Janji Akan Jaga Bunga & Noah

Hati siapa yang tak luluh apabila tiba-tiba saja mendapat berita insan tersayang telah pergi buat selama-lamanya. Pemergian mengejut Allahyarham Ashraf Sinclair telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada keluarga dan teman-teman rapat. Ini termasuklah adiknya, Aishah Sinclair yang telah berkongsi sekeping gambar di Instagram miliknya di mana ia memaparkan dirinya ketika kecil di sebuah kolam renang bersama dengan abangnya, Ashraf.


BACA: Tidak Perlu Bermasam Muka, Hargai Insan Tersayang Sebelum Menyesal Tak Sudah

Sedih Abang Pergi Secara Mengejut, Aishah Sinclair Janji Akan Jaga Bunga & Noah

Sering merujuk Ashraf dalam membuat keputusan

Sejak kecil, Aishah menganggap abang sulungnya itu sebagai suaranya. Allahyarham selalu melindungi dan memarahinya jika dia membuat sesuatu yang tidak sepatutnya. Menurut selebriti ini, dia sering merujuk kepada lelaki itu sebelum membuat sesuatu keputusan yang penting berkaitan karier dan fesyen. Wanita ini turut meluahkan bahawa Allahyarham Ashraf sentiasa meluangkan masa untuknya tidak kira sesibuk mana pun dirinya.


Sedih Abang Pergi Secara Mengejut, Aishah Sinclair Janji Akan Jaga Bunga & Noah


Tak sempat habiskan perbualan

Pemergian Ashraf yang terlalu cepat itu telah membuatkannya sedih dan dia turut memberitahu bahawa mereka berdua tidak sempat untuk menghabiskan perbualan terakhir bersama. Luahnya juga, dia kini sudah tidak boleh lagi mendakap atau bergurau senda dengan Allahyarham. Namun begitu, penyampai radio ini bersyukur kerana dikurniakan seorang abang walaupun hanya untuk seketika. 

Sedih Abang Pergi Secara Mengejut, Aishah Sinclair Janji Akan Jaga Bunga & Noah

Janji akan jaga Bunga dan Noah

Pengacara ini berharap agar dapat mencontohi kebijaksanaan, ilmu dan kasih sayang yang pernah dikongsi abangnya selain daripada meneruskan legasi milik Allahyarham Ashraf itu. Aishah turut berjanji untuk menjaga kakak iparnya, Bunga Citra Lestari dan juga Noah dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang pernah dilakukan Allahyarham kepadanya. Dia memberitahu bahawa abangnya dahulu merupakan penjaganya, kini Allahyarham Ashraf seperti malaikat yang mengawasinya dari jauh.

View this post on Instagram

Growing up he was my voice (literally – I spoke gibberish until two and he was the only on who understood 😂), he protected me, marah me when I got out of hand (trust me, being the rebellious one I got many many scoldings). Even as adults, I would turn to him to get clarity when it came to making important decisions, get career and even fashion advice. He always made himself available to me, no matter how busy. Abang, I am sad that you left us too soon. That we never got to finish our last conversation. That I will never be able hug you or joke around with you. But I feel blessed that I had you in my life. Even if it was so short. I hope I will be able to take all the wisdom, knowledge and love you shared and continue your legacy. You gave me an amazing sister-in-law and nephew, and I promise I will do my best to look out for them like you always did for me. My whole life you have been my guardian abang, now you are my guardian angel.

A post shared by Aishah Sinclair (@aishahjennifer) on

Sumber: Instagram Aishah Sinclair

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sedih Abang Pergi Secara Mengejut, Aishah Sinclair Janji Akan Jaga Bunga & Noah

Facebook

Telegram