“Sedih Hos Dapat Jawapan Sepatah” – Gelagat Datuk M. Nasir Buat Ramai Terhibur

Otai masih berbisa! Itulah ungkapan yang sesuai buat penyanyi legenda seperti Datuk M. Nasir ini. Meskipun usianya bakal mencecah 62 tahun pada tahun ini, namun bakat dan ilmu nyanyiannya tetap ditagih oleh para peminat serta generasi baru penghibur tanah air. Tapi siapa sangka yang penggubah lagu ini juga pandai membuat lawak seperti ketika beliau diundang ke rancangan sensasi MeleTOP pada Selasa malam yang lalu.

BACA: [VIDEO] Tak Keruan! Reaksi Zizan Bila Mira Filzah Datang MeleTOP Lawak Habis

Sepanjang sesi bersamanya, kedua-dua hos rancangan ini ada bertanyakan juadah apakah yang menjadi kegemarannya menjelang Hari Raya. Tapi jawapan bersahaja yang diberikan oleh Datuk M. Nasir buat ramai terhibur dan berseloroh ketawa.

Datuk ada makanan favourite yang lebih spesifik?

Selain itu, dia turut berseloroh ‘membahan’ Nabil Ahmad yang dilihat sentiasa terhibur dengan gelagatnya.

Apa kenangan paling pahit sepanjang karier Datuk? Bila Nabil buat sesuatu yang tak kelakar..

Ragam dan reaksi lucu oleh penyanyi itu ternyata menghiburkan ramai netizen yang menonton segmen rancangan itu.

Sedih pengacara dapat jawapan sepatah-sepatah..

Macam Mark Adam dah…sempoi teruk

Agaknya ni kali terakhir dia muncul MeleTOP…jawapan malas giIa nak layan

Selain itu, Datuk M. Nasir turut berkesempatan mendendangkan lagu raya popularnya di penghujung rancangan tersebut.

Satu Hari Di Hari Raya – Datuk M.Nasir

Sumber: Twitter muazsafian  & IG meletop

Apa Komen Anda?