Viral

Sedih Lepas Dapat Tawaran UPU, Pemuda Akui Pahit Berpisah Dengan ‘Geng Sekolah’

Sedih Lepas Dapat Tawaran UPU, Pemuda Akui Pahit Berpisah Dengan ‘Geng Sekolah’

Sharing is caring!

Sahabat sejati umpama mutiara yang sangat indah dan tidak ternilai. Malah kehadiran mereka yang tidak jemu untuk bersama sewaktu susah dan senang juga tidak seharusnya dipersiakan. Malah jika diimbas kembali episod kehidupan sewaktu di sekolah, pasti banyak memori yang bermain di minda.

BACA : “Ada Biasiswa Pada Yang Layak” – Bukan Low Class, Ini Dia Faedah Masuk Form 6


Pernah bergaduh sebab ego meninggi, tapi sekarang masing-masing dah matang

Mungkin itu sangat sesuai mengungkapkan mengenai persahabatan lima pemuda ini. Pada Rabu lalu, pengguna Instagram bernama Kamarul Hakim telah memuat naik sebuah luahan sayu sehingga membuatkan netizen turut rindu kepada zaman persekolahan mereka. Menerusi posting tersebut, Kamarul meluahkan rasa sebak tatkala mengenangkan perpisahan yang bakal berlaku bersama rakan-rakannya.

Sedih Lepas Dapat Tawaran UPU, Pemuda Akui Pahit Berpisah Dengan ‘Geng Sekolah’

 

Sedih Lepas Dapat Tawaran UPU, Pemuda Akui Pahit Berpisah Dengan ‘Geng Sekolah’

Memori terpahat & sukar untuk dipadam

Bukan sahaja sempat memberikan kata-kata perpisahan penuh bermakna, malah kenangan bersama rakan-rakannya nyata menyentuh emosi ramai. Menurut Kamarul, perkenalan antara mereka bermula sejak masing-masing masih di bangku sekolah rendah sehingga ke hari ini. Akui pemuda itu, pastinya dia akan merindui setiap gelak tawa, pahit serta kesusahan yang pernah dilalui mereka sebelum ini. Malah momen dimarahi cikgu juga pasti tidak akan dilupakan.


Sedih Lepas Dapat Tawaran UPU, Pemuda Akui Pahit Berpisah Dengan ‘Geng Sekolah’

 

Sedih Lepas Dapat Tawaran UPU, Pemuda Akui Pahit Berpisah Dengan ‘Geng Sekolah’

Harap lepasni persahabatan kita masih sama & selamat mencipta pengalaman baru..

Mengakhiri posting tersebut, Kamarul turut meluahkan rasa syukur dan gembira kerana masing-masing berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Meskipun berbeza penempatan, namun dia berharap agar ia bukanlah alasan untuk mereka saling melupakan antara satu sama lain.

Sedih Lepas Dapat Tawaran UPU, Pemuda Akui Pahit Berpisah Dengan ‘Geng Sekolah’

Sedih Lepas Dapat Tawaran UPU, Pemuda Akui Pahit Berpisah Dengan ‘Geng Sekolah’

Sumber : Instagram _kamarulhxkim


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!