Siapa sahaja tidak pernah terjumpa duit tercicir di tepi jalan seumur hidup? Tak kisahlah berapa besar atau kecil jumlahnya, individu yang menemui wang tersebut perlu berusaha memulangkan semula kepada si pemilik. Turut berdepan dalam situasi sama, lelaki bernama Shazwan Khalid ini nekad mencari pemilik wang berkenaan atas rasa bertanggungjawab.
BACA: Umur Dah 23 Tapi Main Anak Patung, Gadis ‘Terciduk’ Bila Digosip Ibu Sebelah Je
Jumpa duit masa dalam perjalanan ke tempat kerja
Menerusi Facebook, lelaki berkenaan menjumpai segulung duit di tengah jalan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada 8 Julai lalu. Disebabkan jumlah wang tersebut agak besar, Shazwan nekad untuk mencari si pemilik kerana mungkin ia adalah nafkah seorang bapa buat keluarganya. Selain itu, lelaki ini juga menetapkan beberapa syarat termasuklah mengenai jumlah tepat wang yang dijumpai olehnya itu.
Pemilik dah ditemukan dan rupanya dia buntu bila wang tercicir
Sekitar semalam, pemilik sebenar kepada segulung wang tersebut telah ditemukan. Shazwan memuji budi bahasa si pemilik terutamanya ketika ditanya dan tidak berhenti mengucapkan rasa syukur kerana wang tersebut telah ditemui. Mengulas lanjut mengenai situasi kewangannya, lelaki terbabit terasa buntu apabila wang berkenaan tercicir dan terpaksa mencari ikhtiar lain untuk menyara keluarga.
Ramai yang sanggup menipu kerana wang
Selain itu, Shazwan tidak menafikan bahawa terdapat ramai pihak yang menipu dan menyamar sebagai pemilik segulung duit berkenaan. Oleh itu, lelaki ini memohon pihak yang terlibat untuk bertaubat dan belajar semula cara untuk berbudi bahasa apabila bertanya.
Sumber: FB Shazwan Khalid
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura