Inspirasi

Sehari Dapat Kumpul Derma RM19K, Gadis Nekad Renovate Rumah Usang ‘Abah’

Sehari Dapat Kumpul Derma RM19K, Gadis Nekad Renovate Rumah Usang ‘Abah’

Sharing is caring!

Sudah menjadi trend hari ini apabila banyak pihak yang menggunakan media sosial untuk mengutip derma bagi insan daif di luar sana. Tanpa ‘memukul rata’ semua orang, sebenarnya masih ramai yang berniat ikhlas menyalurkan kutipan derma kepada golongan berhak. Begitu juga dengan kisah gadis dari negara seberang ini yang tulus membantu seorang pak cik tua.

BACA: Terberanak Di Hotel & Duit Pula Habis ‘Kering’, Polis Bantu Belikan Lampin Bayi

Tak sampai sehari, jumlah kutipan sangat banyak

Prihatin dengan nasib penjual tauhu yang dikenali sebagai Abah Anang itu, gadis bernama Elsya Sandria sebelum ini pernah mengutip sumbangan di laman Twitter. Menurutnya, Abah Anang tinggal sendirian di rumah usangnya dengan hasil jualan yang tidak seberapa. Tanpa disangka, jumlah kutipan untuk sehari sahaja telah mencapai sebanyak 70.000.000 Rupiah bersamaan dengan lebih RM19,0000.


Sehari Dapat Kumpul Derma RM19K, Gadis Nekad Renovate Rumah Usang ‘Abah’

Sehari Dapat Kumpul Derma RM19K, Gadis Nekad Renovate Rumah Usang ‘Abah’

Sehari Dapat Kumpul Derma RM19K, Gadis Nekad Renovate Rumah Usang ‘Abah’

‘Abah’ dapat rumah baru yang lagi selesa

Berkat sumbangan ramai pihak, Elsya menggunakan wang tersebut untuk membaik pulih rumah Abah Anang supaya lebih selesa. Malah lebihan pula bakal digunakan oleh lelaki tua itu untuk menyara kehidupan selain berniat untuk mengerjakan ibadah umrah dan haji.

Sehari Dapat Kumpul Derma RM19K, Gadis Nekad Renovate Rumah Usang ‘Abah’

Sehari Dapat Kumpul Derma RM19K, Gadis Nekad Renovate Rumah Usang ‘Abah’

Sehari Dapat Kumpul Derma RM19K, Gadis Nekad Renovate Rumah Usang ‘Abah’

Sentiasa bersyukur.. Ramai lagi yang serba kekurangan

Tambah gadis ini lagi, Abah Anang sempat berterima kasih kepada semua yang membantunya. Meskipun begitu, dia tetap akan berniaga selepas ini untuk menambah sumber rezekinya. Sebagai mengakhiri thread tersebut, Elsya juga mengingatkan rakan di Twitter untuk terus membantu semua orang yang susah demi mendapatkan keredhaan Tuhan.


Sehari Dapat Kumpul Derma RM19K, Gadis Nekad Renovate Rumah Usang ‘Abah’ Sehari Dapat Kumpul Derma RM19K, Gadis Nekad Renovate Rumah Usang ‘Abah’

Sehari Dapat Kumpul Derma RM19K, Gadis Nekad Renovate Rumah Usang ‘Abah’

Sumber: Twitter @elsyandria


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sehari Dapat Kumpul Derma RM19K, Gadis Nekad Renovate Rumah Usang ‘Abah’

Sharing is caring!