Selepas 25 Tahun, Suami Isteri Buktikan Masih Serasi Dulu, Kini Dan Selamanya

Hidup sebagai suami isteri pasti ada pasang dan surutnya. Walau bagaimanapun, semuanya bergantung kepada kedua partner tersebut bagaimana untuk mengurus alam perkahwinan mereka supaya kekal teguh. Tak ubah seperti suami isteri ini yang telah membuktikan mereka adalah gandingan yang paling serasi selepas hidup bersama lebih 25 tahun menerusi satu video yang telah dikongsi oleh si anak sekitar Oktober lalu.  

BACA: Tengah Malam Anak Terbangun Ketakutan, Esok Dapat Berita Suami Pergi Selamanya

Siapa yang pikat siapa masa mula-mula bercinta dulu?

Dalam video yang telah dikongsi, kedua ibu bapanya dilihat bermain satu permainan dimana mereka akan ditanya soalan2 yang akan menentukan keserasian sepanjang perkahwinan. Mereka tidak dibenarkan melihat jawapan masing-masing dan diminta mengangkat jawapan selepas soalan dibacakan. Sebanyak enam soalan telah diajukan kepada suami isteri tersebut dan mereka telah berjaya menjawab dengan jawapan yang sama.

Nampaklah ibu lagi confident

Walaupun jawapan yang diberi oleh mereka berdua adalah sama namun dapat dilihat si isteri lebih yakin dan laju dalam menjawab semua soalan. Ahli keluarga tampak sungguh seronok dan bersorak apabila melihat keserasian kedua dua gandingan itu terutamanya anak-anak mereka. 

Seronok tengok reaksi family ni

Perkongsian video tersebut telah ditonton sebanyak 21,700 kali dan mendapat 1,500 retweet. Rata-rata ramai yang memuji kedua ibu bapa mereka yang sehati dan sejiwa menjawab soalan-soalan yang diajukan. 

Sumber: Twitter Malyyy

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?