Viral

Sejak Lahir Tak Pernah Tatap Wajah Ayah, Akhirnya ‘Jejak Kasih’ Lepas 40 Tahun

Sejak Lahir Tak Pernah Tatap Wajah Ayah, Akhirnya ‘Jejak Kasih’ Lepas 40 Tahun

Sharing is caring!

Semua insan di atas muka bumi ini inginkan sebuah keluarga yang lengkap dan bahagia. Namun, ada yang terpaksa akur hidup tanpa kasih sayang sempurna apabila ibu dan ayah memilih jalan berpisah selepas rumah tangga gagal diselamatkan. Kedukaan itu turut dirasai oleh seorang lelaki ini dan kisahnya sudah tular di Facebook sejak beberapa hari lalu.

BACA: Umi, Ayah Tengok Kita; Ibu Adlina Marie Dedah Kisah Sayu Sebalik Lagu Haqiem

Tak pernah jumpa ayah sejak lahir, kedua ibu bapa sudah berpisah waktu itu

Menerusi beberapa perkongsian oleh Wan Powerarm, dirinya sempat merakam saat-saat bertemu individu yang paling dinantikan selama ini iaitu ayah kandungnya. Jelasnya, sejak lahir dia tidak pernah bertemu mata dengan lelaki tersebut lantaran kedua-dua orang tuanya telah berpisah waktu itu. Jejaka tersebut pula telah diserahkan kepada nenek dan juga emak saudaranya.


Sejak Lahir Tak Pernah Tatap Wajah Ayah, Akhirnya ‘Jejak Kasih’ Lepas 40 Tahun

Sejak Lahir Tak Pernah Tatap Wajah Ayah, Akhirnya ‘Jejak Kasih’ Lepas 40 Tahun

Muat naik foto ayah untuk cari maklumat sebelum aturkan pertemuan

Dek kerana kerinduan yang teramat sangat, lelaki berkenaan telah memuat naik foto ayah kandungnya di laman Facebook untuk sekadar mencuba nasib untuk mencarinya walaupun 40 tahun berlalu. Setelah mendapat beberapa maklumat mengenai keberadaannya Wan telah mengaturkan satu pertemuan bertempat di Pulau Pinang.

Posted by Wan Powerarm on Sunday, September 20, 2020

Dakapan pertama bersama ayah sangat erat walaupun kedua-duanya kekok

Sebaik dapat bertentang mata dengan bapa kandung, air matanya terus gugur. Walaupun agak kekok namun dakapannya dilihat tetap disambut erat oleh lelaki yang sudah berusia 70 an itu. Malah, dia turut  memperkenalkan cucu kepada bapa kandungnya itu sebelum pertemuan tersebut berakhir.


Sejak Lahir Tak Pernah Tatap Wajah Ayah, Akhirnya ‘Jejak Kasih’ Lepas 40 Tahun

Sumber: Facebook Wan Powerarm


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini