Mistik

“Sejam Pertama Dah Diganggu” -Lelaki Ini Kongsi Kisah Seram Ambil Pokok Bonsai

Sharing is caring!

Orang tua-tua selalu berpesan agar tidak berada di luar rumah pada waktu senja. Menurut mereka lagi, dipercayai banyak makhluk ghaib sedang berkeliaran pada waktu tersebut. Meskipun begitu, ramai beranggapan petua itu seperti amaran untuk menakutkan kanak-kanak saja. Namun baru-baru ini, seorang pemuda telah berkongsi mengenai pengalaman seram semasa mengambil pokok bonsai di sebuah kawasan perumahan usang.

BACA: Siapa Letak Benda Alah Tu? Lelaki Dedah Kisah Seram Diganggu Kuda Mainan

“Sejam Pertama Dah Diganggu” -Lelaki Ini Kongsi Kisah Seram Ambil Pokok Bonsai

Pengalaman ini buat kami bertiga serik

Menerusi posting oleh saudara Hisham di laman Twitter, dia telah menceritakan bahawa pengalaman mengambil pokok bonsai sirih junjung ini menyebabkan dirinya dan 2 orang rakannya masih berasa trauma. Menurutnya, mereka selalu mengambil upah untuk mengambil tanaman yang cantik di pelbagai kawasan dan diketuai oleh rakan bernama Ikmal. Namun hari tersebut  sedikit berbeza kerana waktu kerja menjangkau hingga waktu Maghrib.

“Sejam Pertama Dah Diganggu” -Lelaki Ini Kongsi Kisah Seram Ambil Pokok Bonsai

“Sejam Pertama Dah Diganggu” -Lelaki Ini Kongsi Kisah Seram Ambil Pokok Bonsai

“Sejam Pertama Dah Diganggu” -Lelaki Ini Kongsi Kisah Seram Ambil Pokok Bonsai

“Sejam Pertama Dah Diganggu” -Lelaki Ini Kongsi Kisah Seram Ambil Pokok Bonsai

Sejam pertama dah mula diganggu

Setelah mendapat kebenaran daripada seorang lelaki tua, mereka telah memulakan tugas pada jam 4 petang. Tanpa diduga, muncul objek aneh seperti batu sungai di setiap penjuru kawasan tersebut tetapi situasi itu tidak dihiraukan oleh mereka. Namun semasa menguruskan dahan pokok, ketiga-tiga pemuda ini terhidu bau yang kurang menyenangkan. Setelah Ikmal membaca Ayat Kursi, air dan bau busuk tersebut bagaimanapun tiba-tiba hilang.   

“Sejam Pertama Dah Diganggu” -Lelaki Ini Kongsi Kisah Seram Ambil Pokok Bonsai

“Sejam Pertama Dah Diganggu” -Lelaki Ini Kongsi Kisah Seram Ambil Pokok Bonsai

“Sejam Pertama Dah Diganggu” -Lelaki Ini Kongsi Kisah Seram Ambil Pokok Bonsai

“Sejam Pertama Dah Diganggu” -Lelaki Ini Kongsi Kisah Seram Ambil Pokok Bonsai

Penumpang kereta lain tutup mata

Meskipun tempoh lama sudah diperuntukkan, tapi pokok itu masih gagal dialihkan. Mereka diuji lagi dengan cuaca buruk dan peristiwa yang menyeramkan sebelum berjaya menaikkan pokok bonsai ini di atas kenderaan. Ujar individu ini, dalam perjalanan balik ada penumpang kereta lain yang kelihatan takut apabila memandang ke arah kenderaan mereka. Namun mereka meluahkan rasa syukur kerana pulang dengan selamat. 

“Sejam Pertama Dah Diganggu” -Lelaki Ini Kongsi Kisah Seram Ambil Pokok Bonsai

“Sejam Pertama Dah Diganggu” -Lelaki Ini Kongsi Kisah Seram Ambil Pokok Bonsai

“Sejam Pertama Dah Diganggu” -Lelaki Ini Kongsi Kisah Seram Ambil Pokok Bonsai

“Sejam Pertama Dah Diganggu” -Lelaki Ini Kongsi Kisah Seram Ambil Pokok Bonsai

“Sejam Pertama Dah Diganggu” -Lelaki Ini Kongsi Kisah Seram Ambil Pokok Bonsai

“Sejam Pertama Dah Diganggu” -Lelaki Ini Kongsi Kisah Seram Ambil Pokok Bonsai

Sumber: Twitter amirulhishamm

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!