Cinta Family

“Sekarang Giliran Saya” – Lelaki Ceritakan Kisah Cinta Sejati Di Pusara Ayahnya

“Sekarang Giliran Saya” – Lelaki Ceritakan Kisah Cinta Sejati Di Pusara Ayahnya

Sharing is caring!

Setiap manusia mempunyai definisi tersendiri tentang cinta sejati. Walaupun maksudnya pelbagai, namun ia mempunyai satu makna yang sama iaitu saling melengkapi satu sama lain. Cinta sejati yang wujud antara lelaki dan perempuan menjadikan seseorang itu setia kepada teman hidupnya sehingga hujung hayat. Kadankkala mereka yang telah kehilangan partner tetap setia dan tidak mencari pengganti. Begitulah kisah cinta sejati yang sedang tular di media sosial tentang seorang lelaki tua yang setia ‘menemani’ isterinya yang telah tiada.

BACA : “Setiap Jumaat Mesti Jumpa Abah” – Sayu Lihat Anak Autisme Baring Sebelah Kubur


“Sekarang Giliran Saya” – Lelaki Ceritakan Kisah Cinta Sejati Di Pusara Ayahnya

Sering ke pusara isteri

Menurut Amier Aizat di laman Twitter miliknya, dia telah bertemu dengan seorang lelaki tua semasa melawat pusara ayahnya. Menurutnya setiap kali dia ke sana, dia pasti akan terserempak dengan lelaki tersebut. Oleh kerana terlalu kerap berjumpa, Amier nekad untuk menegurnya pada suatu hari. Melalui cerita lelaki tua yang dikenali sebagai Pok Li, dia telah kehilangan isterinya 3 tahun lalu. Sejak itu, dia akan ke pusara isterinya tiga kali sehari.

 

“Sekarang Giliran Saya” – Lelaki Ceritakan Kisah Cinta Sejati Di Pusara Ayahnya

“Sekarang Giliran Saya” – Lelaki Ceritakan Kisah Cinta Sejati Di Pusara Ayahnya

“Sekarang Giliran Saya” – Lelaki Ceritakan Kisah Cinta Sejati Di Pusara Ayahnya
Gambar sekadar hiasan

Nak teman makan

Selain untuk melepaskan rindu kepada Allahyarhamah, dia juga ke pusara isterinya untuk makan ‘bersama’. Menurut lelaki tua berkenaan, anak-anaknya yang  sudah dewasa tidak tinggal bersamanya lagi. Tambahnya lagi ketika isterinya masih hidup, dia selalu menjamu selera dengan Allahyarhamah. Selain itu, Pok Li  turut mengucapkan syukur kepada-Nya kerana selama tiga tahun tersebut kesihatannya dalam keadaan baik.


“Sekarang Giliran Saya” – Lelaki Ceritakan Kisah Cinta Sejati Di Pusara Ayahnya“Sekarang Giliran Saya” – Lelaki Ceritakan Kisah Cinta Sejati Di Pusara Ayahnya“Sekarang Giliran Saya” – Lelaki Ceritakan Kisah Cinta Sejati Di Pusara Ayahnya

“Sekarang Giliran Saya” – Lelaki Ceritakan Kisah Cinta Sejati Di Pusara Ayahnya
Gambar sekadar hiasan

Satu dalam sejuta

Perkongsian Amier itu telah menarik perhatian orang ramai. Rata-rata mereka terharu dan kagum dengan kisah Pok Li yang setia kepada Allahyarhamah isterinya. Netizen juga menyifatkan Pok Li sebagai lelaki yang wujud satu dalam sejuta.

“Sekarang Giliran Saya” – Lelaki Ceritakan Kisah Cinta Sejati Di Pusara Ayahnya“Sekarang Giliran Saya” – Lelaki Ceritakan Kisah Cinta Sejati Di Pusara Ayahnya “Sekarang Giliran Saya” – Lelaki Ceritakan Kisah Cinta Sejati Di Pusara Ayahnya “Sekarang Giliran Saya” – Lelaki Ceritakan Kisah Cinta Sejati Di Pusara Ayahnya

Sumber : Twitter Amier Aizat


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Sekarang Giliran Saya” – Lelaki Ceritakan Kisah Cinta Sejati Di Pusara Ayahnya

Sharing is caring!