Meskipun Tan Sri P. Ramlee sudah tiada sejak tahun 1973, filem serta lagunya memang bersifat evergreen malahan terus diputarkan sehingga ke hari ini. Namun 2 tahun lalu, Sazali P. Ramlee, anak angkat kepada seniman tersebut pernah meluahkan kesal gara-gara nilai bayaran royalti (diterima sekali dalam setahun) berkurangan sehingga kadar 90% walhal kutipannya begitu banyak.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Umur pun mungkin dah tak panjang…Kos hidup semakin tinggi
Kali ini, kebimbangannya semakin besar kerana dikhabarkan pihak Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) bakal menamatkan kontrak penerimaan royalti sekitar tahun depan. Dengan keadaan kesihatannya yang semakin merosot, dia cuma berharap semoga bayaran tersebut boleh dilanjutkan sekurang-kurangnya bagi tempoh 7 tahun lagi. Bukanlah untuk bermewah dengan duit terbabit, sebaliknya ia demi menampung kehidupannya bersama isteri.

Selagi masih hidup, saya nak rasa duit royalti lagu bapa yang hingga kini dimainkan
Akui menerima banyak panggilan daripada ramai pihak, namun Sazali belum menerima respon lanjutan mengenai bantuan sara hidup. Justeru itu andai ada yang mahu bersua muka, dia sangat meraikannya umpama peribahasa “kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan”.
Selagi lagu diputarkan di mana-mana radio atau TV, patutnya royalti dibayar…Anak layak dapat
Netizen juga menyifatkan tuntutan dibuat oleh Sazali P. Ramlee merupakan benda yang sangat wajar apalagi dia juga merupakan waris kepada seniman tersebut. Jadi mereka berharap pihak bertanggungjawab lebih telus khususnya dalam memastikan duit itu sampai ke ‘tangan’ yang sepatutnya.
Kredit : Portal New Straits Times & FB Harian Metro
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
