Perlawanan Liga Super di antara Sabah FC vs Johor Darul Takzim (JDT) pada semalam cukup hangat sekali apabila kemenangan berpihak kepada pasukan Harimau Selatan. Gol minit akhir yang dilakukan oleh Fernando Forestieri berjaya menundukkan pasukan Sang Badak dengan skor 2-1. Pastinya, sekitar 24,000 penyokong Sabah yang memenuhi Stadium Likas seakan pulang dengan kekecewaan.
BACA : 10 Saat Sebelum Gol, Gadis JDT Biol Kepala Terkena Sepakan Bola Pemain Selangor
Santai bah kamurang…Sabah keras bosku…Referee juga paling mantap
Insiden kekasaran yang dibuat terhadap pemain tuan rumah pada hujung-hujung perlawanan telah mencetuskan sedikit ketegangan. Bukan sahaja di dalam padang, rupanya orang ramai di bangku penonton turut melakukan kekecohan sama. Diifahamkan kerana tidak berpuas hati dengan mata 2-1 itu, dilihat mereka mula membaling botol air ke arah pemain JDT beserta jeritan bingit.
@daxxenjs Referee juga lah paling MANTAP! #sabahvsjdt #ligasuper
@gaill_1
@irahsykrhhh Sabah keras😂💪🏻apa2 pun Both of team mantep🥰💙❤️#sabahvsjdt #sabahkerasbro #fyp
Penyokong Sabah tiba-tiba meluru datang & rentap bendera Johor
Selama beberapa minit kekecohan berlangsung, adegan ketika salah seorang penyokong Sabah merentap bendera Johor juga sempat dirakam. Awalnya, bendera berkenaan sedang tergantung elok di pagar pemisah sebelum ia ditarik lalu dibiarkan di atas lantai tempat duduk penonton. Mujur sahaja tiada ketegangan lain berlaku dan penyokong JDT itu terus mengutip semula kain tersebut.
@cacingturki1
Saya orang Sabah pun malu tengok tetamu dibuat begitu…Ndak kisah pun JDT menang tapi pengadil tu ba
Melalui ruangan komen, ramai masyarakat Sabah sendiri akui malu apabila penyokong tempatan bertindak emosi sebegitu. Kalah menang adalah adat pertandingan, mereka beranggapan mungkin si pelaku bukanlah penyokong sejati.
Kredit : TikTok irahsykrhhh, gailll, cacingturki1, daxxenss
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
